Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Isteri saya telah membuat tempahan kek coklat seberat 1 kg sejak minggu lepas dan kek itu dijangka siap pada hari ini.
Tepat jam 12 tengahari ketika saya dan isteri berada di dalam kereta untuk keluar makan, isteri saya membuat panggilan telefon kepada kakak yang membuat kek.
Isteri saya ingin bertanyakan tentang kek yang telah ditempah. Tiba-tiba, isteri saya berubah wajah. Nampak sedikit kecewa.
Saya yang sedang memandu kereta disebelah diam sahaja menunggu perbualan telefon antara mereka yang belum selesai.
Kek Coklat Yang Sedap |
Walaupun berada di sebelah isteri, tetapi saya kurang faham apa yang dibualkan oleh mereka berdua. Beberapa ketika kemudian barulah isteri senyum.
Selepas meletakkan telefon bimbit, isteri saya kata kakak tadi terlupa siapa yang menempah kek coklat 1kg, tetapi kek itu memang telah siap.
Patutlah wajah isteri saya berubah. Saya pun berhenti kereta dan berpatah balik untuk mengambil kek coklat yang ditempah.
Selepas membuat bayaran, saya ambil kek coklat yang sedap itu dan bawa kepada isteri. Tersenyum lebar isteri saya melihat kek kegemarannya itu.
Alhamdulillah, dapat juga kami makan kek coklat bersama dengan anak-anak di rumah nanti. Anak-anak kami juga memang minat sangat dengan kek coklat.
Saya tahu, bukan kami sahaja yang gemar dengan kek coklat ini. Ramai lagi yang gemarkan dengan kek coklat.
Tetapi, tahukah anda Fakta Tentang Coklat? Kalau tidak tahu jom teruskan membaca entri ini.
Fakta Tentang Coklat Yang Ramai Tidak Tahu
Kegemaran Ramai
Tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa memang ramai yang gemar makan makanan berasaskan coklat.
Terdapat banyak produk atau makanan berasaskan coklat seperti kek coklat, kuih coklat, pau berinti coklat, roti bersalut coklat, kurma bersalut coklat dan lain-lain lagi.
Coklat dijadikan hadiah
Biasanya, coklat diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, prihatin atau menzahirkan perasaan cinta.
Ada juga yang sangat menggemari coklat dan sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli coklat terbaik atau bermutu tinggi yang dikeluarkan oleh negara lain.
Kandungan coklat
Coklat ialah makanan yang diolah daripada biji koko. Coklat boleh diklasifikasikan kepada coklat tulen atau kompaun.
Coklat tulen hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran.
Sementara coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksioneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% koko.
Produk-produk koko atau coklat yang tidak memenuhi kriteria tersebut dikenali sebagai coklat kompaun.
Coklat Putih |
Coklat yang paling bagus dimakan ialah coklat asli yang lebih dikenali sebagai coklat gelap, coklat pahit atau coklat hitam.
Coklat jenis ini memiliki kandungan biji koko yang paling tinggi iaitu sekurang-kurangnya 70% daripada keseluruhan kandungannya.
Coklat ini paling baik kerana hanya mengandungi sedikit gula dan tanpa lemak tepu atau minyak sayur terhidrogenasi.
Coklat putih dan coklat susu pula kurang kandungan koko asli sebaliknya banyak dicampur dengan mentega koko, vanilla, susu atau gula untuk menjadikannya lebih enak dan lazat.
Campuran seperti gula inilah yang tidak baik untuk kesihatan dan boleh memberi kesan negatif seperti diabetes serta kerosakan gigi.
Beberapa Mitos Tentang Coklat
Coklat boleh menggemukkan
Masalah kegemukan biasanya berpunca daripada cara pemakanan harian kita. Ia terjadi apabila kita makan secara berlebihan.
Kalau kita makan secara sederhana termasuk coklat dan bersenam secara teratur pada setiap hari, masalah obesiti dapat dielakkan.
Memang tidak patut kalau anda salahkan coklat semata-mata jika anda terlalu gemuk!.
Coklat ialah makanan yang tidak berkhasiat.
Fakta: Satu bar coklat susu seberat 42.5 gram (1.5 auns) menyumbang zat dan khasiat yang banyak kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA).
Antara Zat itu adalah:
- Kalsium (9%),
- Riboflavin (9%),
- Protein (6%),
- Zat Besi (3%),
- Vitamin A (2.4%) dan Thiamine (2%).
Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Kesimpulannya, coklat sangat berkhasiat.
Coklat menjadi penyebab utama kerosakan gigi.
Kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Osaka, Jepun, mendapati koko mengandungi agen antibakteria yang boleh menghalang masalah kerosakan gigi.
Namun begitu, kandungan gula yang tinggi dalam sesetengah jenis coklat boleh menjejaskan fungsi agen ini sekali gus menyebabkan kerosakan gigi.
Kesimpulannya, coklat tidak memudaratkan kesihatan malah baik untuk kesihatan jika diambil pada kadar yang betul.
Jadi, tidak salah kalau hendak makan coklat. Kalau boleh buat coklat sendiri lagi baik sebab boleh makan ramai-ramai dan siap boleh berniaga lagi.
Anda ingin tahu Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum , boleh klik --->> Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum
Bila sudah pandai buat coklat, barulah boleh buat macam-macam produk coklat. Antara produk paling laris adalah produk Kek Coklat, Klik gambar di bawah kalau nak tahu caranya:
Bila sudah pandai buat coklat, barulah boleh buat macam-macam produk coklat. Antara produk paling laris adalah produk Kek Coklat, Klik gambar di bawah kalau nak tahu caranya:
0 Komentar untuk "Fakta Tentang Coklat Yang Ramai Tidak Tahu"