Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Mereka memang suka sungguh makan kek coklat, sebab itu saya suka bagi hint dekat isteri supaya buat coklat sendiri dekat kampung.
Oleh itu kata beliau, KKKL menginovasikan tempe itu sendiri dengan mengabungkan bersama coklat.
Daripada idea pengilhaman ini maka terhasillah produk tersebut yang akan memberi seribu kelainan berbanding produk-produk coklat di pasaran sekarang.
Anda pernah makan coklat berperisa tempe atau tempe berperisa coklat? Kalau pernah, bagaimana rasanya sedap atau tidak? Cuba komen dekat bawah ini.
Tempoh hari saya ada ceritakan tentang isteri saya menempah kek coklat daripada seorang rakan dalam artikel 5 Sebab anda perlu dapatkan rahsia buat coklat buatan sediri.
Apabila kek itu dibawa pulang ke rumah, anak saya melompatkan supaya dipotong kek untuk dimakan.
Apabila kek itu dibawa pulang ke rumah, anak saya melompatkan supaya dipotong kek untuk dimakan.
Mereka memang suka sungguh makan kek coklat, sebab itu saya suka bagi hint dekat isteri supaya buat coklat sendiri dekat kampung.
Ya, saya suka makan coklat dan saya tahu ramai juga yang mempunyai citarasa seperti saya yang gemar makan coklat.
Oleh kerana permintaan yang tinggi produk coklat hari ini, maka ramailah yang cuba menghasilkan produk berasaskan coklat. Malahan perniagaan coklat boleh untung besar.
coklat dan tempe |
Bolehkah Coklat Buatan Sendiri Dengan Tempe Digabungkan?
Saya sendiri tidak pernah terfikir bahawa coklat dan tempe boleh digabungkan, tetapi setelah terbaca sebuah artikel dari utusan baru saya tahu bahawa coklat buatan sendiri (handmade) boleh digabungkan dengan tempe.
Saya rasa ramai yang tahu bahawa coklat adalah makanan yang berasal daripada koko dan kini produk makanan berasaskan coklat terlalu banyak versi dan jenama serta rasa.
Tempe pula adalah makanan tradisional masyarakat Jawa yang dihasilkan daripada kacang soya yang unik dan ia boleh dipelbagaikan versi seperti dijadikan krepek, digoreng atau di masak untuk dimakan bersama dengan nasi.
Asalnya, kedua-dua jenis makanan ini adalah berbeza. Coklat dikatakan makanan yang boleh menggemukkan manakala tempe dikatakan makana yang menyihatkan.
Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) memperkenalkan produk DeTemps
Namun begitu, bagi Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL), Banting Selangor, keunikan kedua-dua makanan tersebut sepatutnya ditonjolkan.
Pihak KKKL memperkenalkan produk ciptaan mereka yang di beri nama DeTemps. Produk ini menggunakan dua bahan utama iaitu tempe dan coklat bagi memberi keunikan menikmati makanan tradisi masyarakat Jawa di Kuala Langat, Selangor
Pengarah KKKL, Zainah Rujihan memberitahu, idea menghasilkan coklat tempe tercetus selepas kolej tersebut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records menerusi kejayaan menghasilkan Jalur Gemilang Terpanjang pada tahun lalu.
Gabungan ini yang memberikan lebih manfaat kesihatan dari tempe itu sendiri. Kita mengetahui bahawa peminat seluruh dunia amat meminati coklat, ujarnya.
Oleh itu kata beliau, KKKL menginovasikan tempe itu sendiri dengan mengabungkan bersama coklat.
Daripada idea pengilhaman ini maka terhasillah produk tersebut yang akan memberi seribu kelainan berbanding produk-produk coklat di pasaran sekarang.
Mereka menggunakan 28,880 keping tempe bersaiz 0.95 meter lebar dan 503.4 meter panjang untuk menghasilkan Jalur Gemilang tersebut.
Daripada idea tersebut, KKKL menghasilkan pula coklat tempe dengan hasrat untuk mengkomersialkan tempe yang popular di kalangan masyarakat Jawa terutamanya di Kuala Langat yang menjadi bahan utama dalam penghasilan produk coklat DeTemps.
Selain itu, tujuan pembangunan produk DeTemps ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan pendapatan masyarakat setempat kerana bahan utama iaitu tempe diperoleh daripada pengusaha tempatan.
Pada masa yang sama, KKKL turut menjalankan satu bentuk perniagaan produk makanan unik yang belum ada di pasaran terbuka.
Secara tidak langsung ia mampu melonjak nama kolej tersebut sebagai perintis kepada produk berasaskan tempe dan coklat.
Versi Coklat Tempe DeTemps
Sebagai permulaan, DeTemps memperkenalkan lima variasi coklat tempe iaitu Crispy Temps, Crunchy Temps, Choc Temps, Passion Temps dan Shocky Temps.
Kesemua jenis produk ini dijual dalam pelbagai jenis pakej yang boleh dijadikan cenderahati bagi pelbagai majlis sambutan keraian.
Harga yang kompetitif daripada harga pasaran itu adalah menjadi senjata utama dalam kejayaan produk.Ini kerana produk ini dihasilkan dari bahan-bahan yang murah dan berpatutan.
Bahan utama sendiri adalah tempe yang mudah didapati dan mudah untuk dibuat sendiri.
Selain itu sokongan kuat daripada pihak agensi luar yang membantu mempromosikan produk ini menjadi salah satu kekuatan yang mampu meningkatkan lagi pemintaan produk ini.
Anda juga boleh membuat sendiri coklat berperi tempe dengan syarat anda tahu cara untuk menghasilkan coklat handmade yang sedap.
Cara untuk membuat coklat buatan tangan atau handmade yang sedap telah disediakan dalam bentuk video Rahsia Coklat Buatan Tangan dengan Kos Minimum.
Cara untuk membuat coklat buatan tangan atau handmade yang sedap telah disediakan dalam bentuk video Rahsia Coklat Buatan Tangan dengan Kos Minimum.
0 Komentar untuk "Bolehkah Coklat Buatan Sendiri Dengan Tempe Digabungkan?"