اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Saya bukanlah taksub sangat dengan Khabib Nurmagomedov, tapi ada perkara penting yang saya belajar daripada pemuda ini.
Dua perkara yang saya belajar dari Khabib Nurmagomedov
1. Dia seorang pemuda yang sangat bergantung dengan Allah SWT dan dia mengajak kita semua umat Islam supaya menjaga hubungan dengan Allah SWT. Anda boleh lihat video ini --->>nasihat Khabib Nurmagomedov.
2. Dia menunjukkan akhlak yang cukup baik. Anda boleh cari video kisah hidupnya bersama keluarga dan kawan-kawan di youtube. Cuba lihat link--->> Anatomy of fighter. Layan juga video-video yang diupload di sini.
Khabib Nurmagomedov |
Walaupun semalam saya telah kongsikan dengan anda tentang nasihat Khabib Nurmagomedov tapi hari ini saya ingin kongsikan lagi apa kata Khabib.
Tajuknya, Video Alih Bahasa Melayu Ucapan Khabib Nurmagomedov Selepas Menewaskan Mc Gragor pula.
Video Alih Bahasa Melayu Ucapan Khabib Nurmagomedov Selepas Menewaskan Mc Grager
Antara petikan ucapan Khabib Nurmagomedov yang saya cuba translate daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu menggunakan gaya saya sendiri.
Jika salah mohon maaf.
Kalau anda kurang faham, anda boleh lihat dan dengar sendiri video ucapan Khabib Nurmagomedov di bawah.
Khabib yang tenang |
Apa khabar semua?
Saya ingin memohon maaf kepada Komisi Olahraga Nevada, Las Vegas, USA.
Saya tahu, ini bukan peribadi saya yang sebenar.
Semua orang berbicara tentang saya melompat dari kurungan (gelanggang pertarungan).
Tapi saya ingin bertanya;
Bagaimana kalau kalian bercakap tentang agama saya (Islam)?
Bercakap tentang ayah saya?
Tentu rasa terluka dan hampir mahu membunuh beberapa orang.
Bagaimana tentang semua itu?
Kenapa semua orang berbicara tentang saya lompat keluar daripada kurungan?
Seperti saya tidak faham.
Saya menghormati kerana Ayah saya mengajarkan kepada saya supaya sentiasa menghormati semuanya.
Selama tujuh tahun saya berlatih di Carlifonia bersama ahli kumpulan. Semua kenal saya. Semua faham tetang saya bagaimana.
Saya ingin memberi tahu kamu, orang ini (Mc Gragor) bersama dengan ahli kumpulannya membuat onar.
Orang panggil dia juara 2 kali tetapi hari ini dia (Mc Gragor) tetapi hari ini menyerah kalah.
Alhamdulillah.
Saya ingin beri tahu anda sesuatu dan berulang kali saya sebut.
MMA perlu berubah.
Ia adalah tentang menghormati.
Ia bukan sukan pengumpulan wang.
Saya sudah beri tahu sebelum ini yang saya mahu ubah pertandingan ini.
Saya tidak mahu masyarakat bercakap tentang musuh, tentang agama atau tentang ayah.
Kamu tidak berhak bercakap tentang agama orang.
Kamu tidak berhak berkcakap tentang negara orang.
Pada saya ia amat penting.
Terima kasih banyak kerana sudi menunggu saya di sini.
Saya tahu, saya akan diajar oleh ayah saya di rumah.
Maafkan saya Dana. Maafkan saya Grager.
Alhamdulillah...tanpa pertikaian saya diberi juara.
Saya sangat berbangga semua media bercerita tentang saya.
Dia ambil gambar saya dengan Putin. Putin baru sahaja telefon saya dan berkata dia sangat berbangga di atas kemenangan saya dan mengucapkan tahniah.
Seperti yang saya cakap sebelum ini, semuanya akan berubah pada 6 Oktober 2018 dan saya berjaya melakukannya.
Alhamdulillah.
Terima kasih semua.
Begitulah ucapan Khabib Nurmagomedov.
Seringkali di ulang-ulang Alhamdulillah. Didoakan beliau terus maju jaya.
Kalau anda perasan sejak akhir-akhir ini ramai atlet sukan yang nampak hebat di mata dunia Allah SWT angkat daripada orang Islam.
Contohnya pemain bola sepak kelab Liverpool Mohamed Salah, pemain bola sepak pasukan Prancis yang memenangi World Cup tahun ini pun ramai orang Islam dan banyak lagi.
Mungkin ada mesej daripada Allah SWT yang kita tidak sedari. Semoga Allah SWT memberi keselamatan, perlindungan dan dimurahkan Rezeki kepada kita semua
Wallahualam.
memang patut dia melawan mcgregor yg biadap itu!
ReplyDeletekebenaran tetap terungkap
DeleteAsalam pepagi ni ustaz..alhamdulillah jiwa Islam Allah merahmati dia
ReplyDeleteAssalam...saya bukan ustaz. saya orang awam.heheh... semoga lebih ramai orang Islam sepertinya.
DeleteAlhamdulillah dakwahnya sederhana mudah difahami amun berkesan moga Allah memberkati kehidupannya n kita semua saudara2nya
ReplyDeleteya setuju
Deletekejayaan Khabib amat berkesan dalam jiwa ramai orang...
ReplyDeletesecara semulajdinya dia diajar tentang maruah agama dan keluarga ..
itu yang terbaiknya