اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kepada calon-calon yang berkelayakkan, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mempelawa anda untuk memohon biasiswa Pendidikan dalam negara (Universiti Awam tempatan).
Saya dapat maklumat ini daripada laman fanpage Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Mari lihat, mungkin anda layak memohon.
TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (IPTA) 2018 KINI DIBUKA
TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (IPTA) 2018 KINI DIBUKA |
Bidang Pengajian (Ijazah Pertama) dan Syarat Kelayakan akademik
Kejuruteraan/Bioteknologi/Sains gunaan/Sains Kuantitatif, Sains Tulen dan Sains Perubatan
▪Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.50* keatas atau setaraf dengannya.
2Kewangan/Perbankan/Perakaunan/Ekonomi
▪Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.50* keatas atau setaraf denganya.
Pengajian Islam / Sains Sosial
▪ Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.50* keatas atau sekurang-kurangnya *Jayyid Jiddan* bagi lepasan STAM
Kelayakkan Permohonan?
1- Islam
2- Anak Negeri Kedah atau telah bermastautin di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
3- Berumur bawah 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup
4- Pelajar tahun pertama pengajian sahaja
5- Tidak mendapat sebarang tajaan, biasiswa atau pinjaman dari mana-mana pihak
6- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian.
Cara Memohon?
▪ Permohonan secara *online* di laman web zakat kedah di alamat www.zakatkedah.com.my
▪Klik Muat Turun Borang serta klik pada *Biasiswa Pengajian Pelajar Dalam Negara (IPTA)*.
Atau terus ke Aplikasi atas talian (Portal Biasiswa) : biasiswa.zakatkedah.com.my
▪Daftar ID Pengguna di portal Biasiswa tersebut.
Peringatan
▪Setiap pemohonan dibuat secara online dan dokumen berkaitan perlu dilampirkan (attach/upload) masuk ke dalam sistem.
Tarikh Tutup Permohonan?
Permohonan mesti sampai sebelum *31 Oktober 2018.*
*Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga*
Sebarang persoalan boleh hubungi :
*Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan*
No Telefon : 04-7331740
Alamat : Aras 5, Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Alor Setar, Kedah
Portal Biasiswa : biasiswa.zakatkedah.com.my
📩Email : pendidikan@zakatkedah.com
📲 Facebook : facebook.com/zakatkedah
" Zakat Anda Merubah Asnaf "
Belum cuba, belum tahu. Mungkin Rezeki and. Lebih baik anda mohon sekarang. Sekurang-kurangnya anda tidak perlu bayar balik selepas tamat belajar kalau menggunakan pinjaman.
selamat memohon kpd mrka yg layak. semoga berjaya!
ReplyDeleteAMIN
Deletesangat beruntung kepada pelajar yang mendapat biasiswa begini...
ReplyDeleteitulah keistimewaan yang Allah bagi kepada mereka yang bijak dan pintar dalam pelajaran..
kurang pintar perlu cari jalan lain untuk mencapai kejayaan dalam hidup
YANG INGIN SAMBUNG PELAJARAN KE PERINGKAT TINGGI ELOKLAH MOHON JGN LEPASKAN PELUANG
ReplyDelete