Hari Ini Sudah Berselawat

Tulis Apa Yang Dipelajari dan Dibaca

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Hari ini saya ingin bercakap tentang 7 tip mudah ingat untuk pelajar yang ke 6.

Tip ini mudah sahaja iaitu tulis apa yang anda pelajari atau baca.

Apa kelebihan menulis?

Ya, dengan menulis apa yang baru kita pelajari, kita boleh merujuk kepadanya pada bila-bila masa sahaja.  
Tulis Apa Yang Dipelajari dan Dibaca
Tulis Apa Yang Dipelajari dan Dibaca

Tulis Apa Yang Dipelajari dan Dibaca


Satu lagi kelebihnnya adalah, ketika anda menulis, fikiran anda akan fokus kepada apa yang anda tuliskan itu.

Minda yang fokus kepada sesuatu yang dipelajari akan lebih mudah mengingatinya.

Anda boleh cuba tip ini ketika menulis


1. Anda tidak semestinya menulis bulat-bulat apa yang guru anda tuliskan di papan hitam tetapi anda tulis dalam bentuk yang anda boleh faham.

2. Ketika anda menyalin nota yang guru anda berikan, buat penerangan kecil dalam ayat anda sendiri tentang maksud nota yang anda salin itu.

Misalnya, jika anda menyalin nota yang menunjukkan jalan kerja matematik, anda boleh tuliskan penjelasan menggunakan ayat anda sendiri (jika boleh, menggunakan pen warna berbeza) tentang jalan penyelesaian matematik.

Ini supaya anda faham apa yang berlaku di dalam jalan penyelesaian matematik itu kelak.


Penutup


Menulis nota dan mendengar penjelasan cikgu adalah 2 perkara yang berbeza tetapi kepentingannya sama.

Jadi, ketika guru anda sedang menerangkan tentang sesuatu, berhenti menulis dan dengar penjelasannya dengan teliti.

Tulisan anda tidak akan bermakna jika anda tidak faham apa yang guru anda terangkan.


Dalam menulis, cuba jadi kreatif. Anda boleh reka nota dan tulisan anda sendiri. Nota patut jadi sesuatu yang menyeronokkan untuk dibaca.

Gunakan warna. Gunakan lukisan. Kadangkala penerangan guru anda boleh ditulis dalam bentuk lukisan, bukan tulisan.

Dapatkan panduan  Job Di Rumah untuk tambah pendapatan dan jangan lupa Rezeki adalah milik Allah SWT. Cuba Formula Rezeki ini.
Tag : Tip Belajar
0 Komentar untuk "Tulis Apa Yang Dipelajari dan Dibaca"

Back To Top