Hari Ini Sudah Berselawat

Kaitkan Sesuatu Dengan Sesuatu Untuk Mudah Ingat

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


Artikel ini adalah tip yang terakhir daripada 7 tip untuk mudah ingat yang telah saya kongsikan sebelum ini.


Tip ini namanya Kaitkan Sesuatu Dengan Sesuatu Untuk Mudah Ingat. Jangan risau jika anda kurang pasti apa maksudnya…..

cina
Kaitkan Sesuatu Dengan Sesuatu Untuk Mudah Ingat

Kaitkan Sesuatu Dengan Sesuatu Untuk Mudah Ingat


Begini, katakan kita orang Melayu yang tidak faham bahasa Cina.


Jika anda pertama kali melihat tulisan dalam bahasa Cina, anda akan rasa sangat sukar mengenal pasti perbezaan antara setiap huruf-huruf itu.


Ini berlaku kerana anda tidak tidak boleh mengaitkannya kepada apa yang pernah anda lihat sebelum ini.
 

Tidak seperti anda belajar Bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya abjad A.B.C.D…dan sterusnya itu anda sudah biasa lihat.


Sebab itulah, jika anda sukar untuk mengenal pasti perbezaannya, anda akan hadapi kesukaran untuk mengingatinya.


Namun, jika anda boleh mengaitkan huruf-huruf itu kepada sesuatu yang anda sudah biasa lihat, anda akan lebih mudah mengenalpasti huruf-huruf tersebut.


Contohnya, ada huruf yang anda kata ‘macam gambar pokok rendang’. Ada huruf yang macam bentuk ‘H’. Ada huruf yang macam orang sedang berlari.


Mengaitkan huruf tulisan Cina kepada bentuk-bentuk yang anda kenal itulah yang dimaksudkan dengan ‘mengaitkan sesuatu yang dipelajari itu kepada sesuatu yang sedia ada diketahui’.


Apabila anda belajar sesuatu yang baru, anda akan lebih mudah ingat jika anda kaitkan pelajaran baru itu kepada sesuatu yang anda sudah tahu.


Ini bermaksud, anda perlu memberikan makna atau maksud kepada apa yang anda pelajari.

Tip Mengaitkan Subjek Sains dengan sesuatu


telinga
Telinga
Ketika anda mahu menghafal subjek Sains tentang organ dalaman telinga. Ada satu bahagian dalam telinga namanya Cochlea.


Mungkin sukar untuk anda ingat nama ini kerana anda jarang mendengarnya. Tetapi, apa kata jika anda tukarkan Cochlea ini kepada perkataan ‘Kak Lia’ dan bayangkan seorang perempuan berpangkat kakak yang anda panggil Kak Lia? Ia lebih mudah diingat bukan.


Add caption
Satu contoh lagi dalam organ telinga ialah eardrum. Anda tahu drum itu adalah gendang. Jadi, apa kata anda kaitkan eardrum kepada satu gambar gendang kecil yang ada dalam telinga? Ia lebih mudah diingat bukan?


Jadi, mulai hari ini, kaitkan apa-apa sahaja yang anda pelajari kepada sesuatu yang anda sudah ketahui.


Selamat mencuba.

Tag : Tip Belajar
0 Komentar untuk "Kaitkan Sesuatu Dengan Sesuatu Untuk Mudah Ingat"

Back To Top