Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Mari jadi orang kaya bertaqwa.
Hari ini saya perlu jalankan sesi temuduga dengan dua orang pelajar yang baru balik dari latihan industri ataupun praktikal.
Beberapa hari sebelum ini, pelajar berkenaan telah membuat panggilan dan memilih masa yang sesuai untuk ditemubual.
Oleh kerana sekarang ini pelajar-pelajar baru sahaja selesai menduduki peperiksaan dan tidak ramai yang akan berkunjung ke perpustakaan, maka saya telah menetapkan bahawa sesi temual bersama pelajar akan dibuat di perpustakaan Politeknik.
Saya datang awal kerana telah berjanji untuk menjalankan sesi temubual adalah pada jam 8.00 pagi, namun 30 minit berlalu pelajar-pelajar tersebut masih belum tiba lagi.
Lantas, saya naik ke tingkat dua perpustakaan itu dan menuju ke rak buku yang saya gemari iaitu agama dan motivasi.
Beberapa ketika kemudian, saya ternampak sebuah buku bertajuk OKB! Orang Kaya Bertakwa karangan Dr Rusli Abdulah atau lebih terkenal dengan panggil Chef Li terbitan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
Tanpa berlengah panjang saya capai dan membelek-belek buku tersebut. Saya rasa begitu tertarik untuk membaca buku ini.
Saya terus beredar ke kerusi yang berdekatan dengan rak tersebut dan saya baca dari satu muka surat ke satu muka surat tanpa rasa hendak berhenti.
Namun, setelah menunggu pelajar yang ingin ditemuduga belum juga sampai saya tengok jam di tangan. Wah, sudah sejam lebih saya membaca buku ini.
Saya meneruskan pembacaan saya. Semakin banyak helaian buku di selak semakin seronok saya membaca.
Sedang asyik membaca, tiba-tiba saya mendapat panggilan dari pelajar tersebut dan beliau mengatakan bahawa yang dia bersama dengan rakannya sedang beratur menunggu giliran untuk sesi pendafataran sebelum ditemuduga.
Saya akur dengan penjelasan beliau kerana ini memang peraturan Politeknik. Dalam hati saya berkata bagus juga kerana saya sedang khusyuk membaca buku yang menarik ini.
Lebih kurang pukul 10 lebih, pelajar-pelajar yang saya tunggu akhirnya kunjung tiba. Saya terpaksa memberhentikan bacaan saya. Sedar tidak sedar lebih separuh buku saya baca...
Lebih kurang pukul 10 lebih, pelajar-pelajar yang saya tunggu akhirnya kunjung tiba. Saya terpaksa memberhentikan bacaan saya. Sedar tidak sedar lebih separuh buku saya baca...
OKB! Orang Kaya Bertakwa Mengubah Persepsi
Salah satu sebab saya tertarik dengan buku ini adalah pada akronim OKB. Ini kerana, sering kali saya mendengar OKB itu adalah singkatan bagi Orang Kaya Baru.
Namun akronim "OKB" yang tertera pada muka hadapan buku Chef Li ini adalah Orang Kaya Bertakwa. Cukup unik!
Buku ini mengandungi 232 muka surat tidak termasuk kulit hadapan dan kulit belakang. Terbitan pada tahun 2006.
Kalau sebelum ini persepsi saya tentang orang kaya ada unsur-unsur negatif sedikit, tetapi selepas membaca buku ini berubah 100%.
Kadang-kadang saya terfikir juga kalau saya jadi orang kaya dengan perniagaan yang besar nanti, saya tidak dapat meluangkan masa yang banyak untuk keluarga, masyarakat dan rakan-rakan.
Apatah lagi dalam amal soleh juga mungkin saya tidak sempat untuk melakukannya kerana asyik mengejar kekayaan yang tidak cukup-cukup.
Persepsi saya berubah serta merta setelah membaca dengan penuh khusyuk buku OKB! Orang Kaya Bertakwa ini.
Chef Li seorang usahawan berjaya tetapi dia mengajak dan mengajar kita menjadi orang bertakwa kerana beliau mengatakan orang yang kaya perlu bersyukur, perlu jaga silaturrahim sesama muslim, sentiasa banyak beristighfar, menguruskan nafsu dan berusaha keras serta sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan.
Buku ini menceritakan kisah perjalanan Chef Li untuk pergi berjumpa dengan Guru Tasawuf merangkap mentor keusahawannya yang bernama Pak Kiai Muhidin di Indonesia.
JomNiaga
Pada permulaan buku ini, saya rasa penulis cuba memberi kesedaran kepada. kita tentang budaya hidup orang Melayu yang asyik membazirkan duit untuk berSMS dalam hal-hal yang sia-sia.
Contohnya kita menggunakan SMS untuk berhibur, bergurau senda dengan orang lain, membuat undian untuk program realiti dan sebagainya.
Perbuatan ini hanya menguntungkan bangsa lain dan merugikan bangsa Melayu. Kalau kita menggunakan SMS untuk tujuan kebaikan seperti nasihat atau berniaga tidak menjadi masalah.
Sebelum buku ini dihasilkan, beliau menyatakan bahawa terdapat ribuan soalan yang dihujankan kepadanya sehingga tidak mampu untuk menjawab semuanya.
Maka itu, salah satu tujuan buku OKB! Orang Kaya Bertakwa ini dihasilkan adalah untuk menjawab soalan-soalan tersebut.
Contohnya, ada orang yang bertanya kepada beliau mengapa mereka masih belum menjadi seperti Chef Li sedangkan semua buku yang Chef Li hasilkan habis dibaca. Bukan itu sahaja, seminar yang dianjurkan oleh beliau turut mereka sertai.
Dalam buku ini Chef Li memberi penjelasan bahawa, setiap orang adalah berbeza. Mana mungkin orang lain boleh jadi sepertinya.
Semua yang beliau sampaikan hanyalah panduan dan pengalaman yang boleh diambil iktibar mengikut cara masing-masing.

Terdapat banyak peristiwa-peristiwa menarik yang dihadapi oleh beliau penuh dengan tip-tip berguna dan iktibar diceritakan dalam buku ini.
Misalnya, dalam perjalanan beliau ketika menaiki kereta api beliau duduk bersebelahan dengan seorang bekas ustazah yang murtad menjadi Kristian. Dia menjadi rahib untuk menyebarkan dakyah bagi orang bukan Kristian.
Pada hujung buku ini, terdapat elemen kesedihan yang beliau gambarkan kerana setelah dia pulang ke Malaysia, beliau mendapat berita kematian Guru Tasawuf yang disayanginya itu.
Namun, sebelum gurunya meninggal dunia, Chef Li mendapat suatu tawaran berpahat tanggungjawab yang agak berat.
Permintaan yang diutarakan oleh gurunya tidak dapat disambut secara langsung. Sebaliknya, dia memohon diberikan masa untuk merenung untuk menerima ataupun tidak tawaran tersebut.
Untuk mengetahui kisah sebenar perjalanan Chef Li ini bolehlah dapatkan buku ini sama ada beli atau pinjam di perpustakaan.
Mari jadi orang kaya bertaqwa.
21 Komentar untuk "OKB! Orang Kaya Bertakwa Mengubah Persepsi"
pernah melihat buku itu di kedai buku MPH, tapi tidak tergerak hati untuk membelinya.. apabila membaca review ini nampak menarik juga isi kandungan buku itu..
bagus tuh, kalau dah kaya kena lebih dekatkan diri dgn agama.
Jom baca....salam blogging.
saya pun dulu begitu juga , banyak kali tengok buku ini tapi buat tidak endah sahaja. tetapi bila menyelak sehelai demi sehelai hati mula terpaut
lagi hebat la. dunia dapat, akhirat pun dapat
banyak kelebihan membaca ...
susah nk cari orang macam tu sekarang. selalunya, lagi kaya, lagi lupa diri..
Kesan yang dibawa oleh Orang Kaya Bertaqwa terhadap masyarakat adalah lebih besar berbanding Orang Kaya Baru yang kosong jiwanya. Ketakwaan adalah lebih besar nilainya kepada masyarakat berbanding harta dunia yang digunakan untuk kepentingan diri sendiri semata-mata.
Assalammualaikum...faizal,
rasa buku nie dah lama kan... buku ini lebih motivasi utk menjadi orang bertakwa. Pernah gak tgk .......
mselim3
yang lupa diri memang ramai
terima kasih..komen yang mantap
buku ini memang sudah lama...tapi isinya masih relevan sampai sekarang
baca review ni pun dah rasa mcm menarik buku tu
Info mengenai harga Jual Skripsi. Ulasan lainnya seputar Itupoker.com Agen Poker Online Indonesia Terpercaya, serta visiting juga ya Kasihan Loh Terima kasih..
makasih datang sini ya mas
Menarik. InsyaAllah akan dapatkan buku ni. Teringat pada shabat2 agung Nabi yang bukan setakat kaya harta, malah kaya jiwa dan akhlak.
terima kasih berkongsi yer...best!
menarik review tentang buku ni..kalau nampak dijual kat kedai buku nanti akan puteri dapatkan
betul tu...mereka merupakan roll model yang hebat
smoga kita dijauhkan dari tergolong dalam golongan yg lupa diri..
silakan puteri...bagi saya buku lama atau buku baru tidak menjadi masalah,,,fokus kepada isi buku yang penting
amin