19 October 2013

Nota EC503 Operating SystemTahun 2013

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf jika ada salah silap sepanjang bersama kamu dalam kelas Operating System, EC503 sesi Jun 2013.

Sebenarnya, segala slide yang telah kamu bangunkan sepanjang sesi pembentangan di dalam kelas memadai untuk kamu fahami asas operating system sebelum ini sekiranya kamu melakukan dengan bersungguh-sungguh.

Bukannya sekadar dengan copy dan paste. 

Nota EC503 Tahun 2013


Apabila kamu membangunkan slide pembentangan untuk kumpulan kamu secara tidak langsung kamu sudah belajar dan memahaminya.

Saya sengaja biarkan kamu berfikir untuk kamu timba pengalaman sendiri dalam memahami subjek operating system ini.

Kerana ia lebih bermakna untuk diri kamu sendiri.

Masa yang berlalu usah dikenang, tumpukan perhatian pada peperiksaan yang mendatang. Ubah sikap yang suka bertangguh-tangguh dan teruskan berusaha.

Masa masih ada. FOKUS, DOA dan USAHA.

Semoga kamu semua sukses dan mencapai cita-cita kamu dalam pelajaran dan kehidupan kamu di masa akan datang.

Oleh kerana ramai yang meminta kepada saya nota EC503 di saat akhir ini, saya dapat sediakan dalam bentuk slide sahaja.

Boleh klik di sini >> Nota EC503.

Link di atas tidak boleh digunakan, sila rujuk link di bawah ini

http://notamengajarbelajar.blogspot.com/2014/07/nota-ec503-tahun-2014.html

Diharap nota ini berguna kepada kamu semua. Saya doakan kejayaan pelajar-pelajar saya.


16 comments:

  1. perkongsian yang bermanfaat bro..terbaik

    ReplyDelete
  2. ada nada tegas di situ. mesti buat kalau nak berjaya tak kira apa bidang sekalipun

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2, kalau nak berjaya mesti berusaha bersungguh-sungguh

      Delete
  3. sama-sama. terima kasih kerana sudi bertandang ke sini.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum...faizal,

    moga usaha cikgu membantu pelajar2 adalah amalan mulia dan mendapat keberkatanNya. Amin.

    mselim3

    pls: moga cikgu sukses selalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...tuan Mohd Selim Zainal.

      terima kasih kerana memberi semangat untuk saya. saya manusia lemah

      Delete
  5. Replies
    1. EC503 adalah kod subjek 'operating system' untuk pelajar-pelajar saya. terima kasih kerana cakna...

      Delete
  6. tak boleh download , boleh tukar filehost ke mediafire/skydrive/googledrive/box/dropbox lagi bagus

    ReplyDelete
  7. kenape xboleh download ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila klik link ini http://notamengajarbelajar.blogspot.com/2014/07/nota-ec503-tahun-2014.html

      Delete