Pagi-pagi tadi sebaik sahaja saya terpandang sebuah akhbar yang terletak di atas meja di kantin, saya terpaku seketika.
Berita kematian bayi 10 bulan akibat digilis oleh kereta yang dipandu oleh ibunya sendiri menjadi tajuk utama.
Hati ibu mana yang tidak terguris apabila melihat anaknya yang masih kecil meninggal dunia di depan mata dan kemalangan yang berlaku melibatkan dirinya sendiri.
Bayi 10 Bulan Meninggal Dunia Digilis Kereta Ibu Sendiri
Kejadian yang menyayatkan hati ini berlaku di Kuala Terengganu. Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan meninggal dunia apabila digilis oleh kereta yang dipandu oleh ibunya sendiri.
Jenazah Bayi |
Jenazah bayi |
Dipercayai ibunya sedang mengundurkan kenderaan itu dalam perkarangan rumah di Kampung Bukit Besar kira-kira jam 7.15 pagi.
Ketika kejadian, ibu mangsa, Faziah Yusuf, 35 mengundurkan Proton Exora di depan pintu rumah untuk membuat pusingan menuju ke luar bagi menghantar empat anaknya ke sekolah.
Mangsa, Faqih Mohd Fitri sebelum itu dikatakan berada di dalam rumah, namun merangkak keluar di depan pintu dan menuju ke belakang kereta tanpa disedari oleh ibunya yang terus mengundurkan kereta sehinga menggilis anak bongsunya itu.
Faziah tidak menyedari perkara itu berlaku sehingga jirannya mengetuk cermin tingkap kereta dan dia kemudian bergegas keluar untuk melihat keadaan bayi berkenaan.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Hikmah yang ada bukan untuk si mangsa yang mengalaminya sahaja, tetapi juga kita yang mengetahuinya juga patut menerung sama.
Semoga Allah SWT melindungi diri kita dan ahli keluarga kita.
al-fatihah.. takziah kepada keluarga mangsa.. maut itu rahsia Allah..
ReplyDeleteBetul tu...semoga keluarganya bersabar dan redha.
Deleteassalamualaikum. dah sampai ajal kan.. kesian.. keluarganya mesti sedih :(
ReplyDeleteItulah pasal...yang hidup pasti akan mati
Deletebetul :(
DeleteTakziah buat keluarga adik Faqih. banyak juga berlaku kes2 macam ni.
ReplyDeleteMemang banyak kes2 macam ini sekarang. semoga Allah rahmati kita
Deleteal fatihah..kesedihan yang sukar nak ubat....
ReplyDeleteamin...ubatnya sabar dan redha
Deleteinnaa lillaahi wa innaa ilaihi raajiuun
ReplyDeletesemoga familynya sabar
DeleteAssalammualaikum... faizal,
ReplyDeletemacam2 dugaan yang mendatang.. keluarga yang mengalaminya hadapi lah dengan hati dan jiwa yang tenang. Semoga tiap2 sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahNya..
mselim3
Waalaikumusalam...Tuan Mohd Selim,
Deletedugaan yang memiliki hikmah di sebaliknya, kalau kita sabar pasti ganjaran yang tinggi bakal menanti