Hari Ini Sudah Berselawat

Harga Minyak Petrol RON 97 Naik Pula

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Isu kenaikan harga minyak petrol RON 95 masih lagi hangat dibincangkan oleh seluruh rakyat Malaysia, dua tiga hari lepas dan hari ini kita dikhabarkan lagi satu berita kenaikan harga minyak petrol RON 97.

Harga Minyak Petrol RON 97 Naik Pula

Harga Minyak Petrol RON 97 Naik Pula


Sebelum ini harga minyak petrol RON 95 naik RM0.20, tengah malam semalam minyak petrol RON 97 pula naik lagi RM 0.15. 

Harga minyak petrol di Malaysia sekarang masing-masing adalah RM 2.10 bagi RON 95 dan RM 2.85 bagi RON 97 untuk satu liter.

Kenaikan harga bagi minyak petrol RON 97 lebih rendah berbanding minyak petrol RON 95 dan harga diesel yang diumum sebelum ini.

Harga ini setelah ditolak dengan harga subsidi yang diberikan oleh kerajaan RM 0.63 seliter untuk RON95 dan RM 0.80 bagi diesel.

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Seperti yang saya katakan sebelum ini dalam entri tentang kenaikan harga minyak RON 95, walaupun naik atau turun harga keperluan kita ditetapkan oleh kerajaan tetapi hakikatnya Allah SWT yang tentukan.

Salah satu hikmah yang perlu kita fikir adalah mungkin kita perlu lebih berusaha dengan lebih gigih untuk mencari rezeki

Kalaupun kita rasa tertindas, ingatlah bahawa Allah SWT itu Maha Adil. Setiap perbuatan kita pasti di adili.

Apa yang perlu kita buat adalah berdoa, bersusaha dan bertindak berlandaskan syariat yang telah ditetapkan olehNya.

p/s>> kepada yang belum mendaftar secara percuma untuk JomNiaga. Baik bertindak sekarang. Anda daftar JomNiaga, In Sha Allah dapat untung.Tiada rugi apa-apa



Tag : isu semasa
0 Komentar untuk "Harga Minyak Petrol RON 97 Naik Pula"

Back To Top