Saya terasa sedih yang amat sangat lantaran terbaca dan melihat gambar-gambar saudara kita yang sedang berdepan dengan kezaliman pemerintah sementara di negara Mesir.
Menurut sumber di sini, rakyat negara mesir yang tidak berdosa dihentam cukup-cukup oleh tentera Mesir.
Lebih 2500 - Syahid.Lebih 3000 - Ditangkap.
Lebih 10000 - Cedera.
Lebih 200 - Jurugambar dibunuh.
Dataran Raba'ah - Dikosongkan tentera.
Hospital Lapangan Raba'ah - Ditutup tentera.
Hospital Lapangan Nahdhah - Dibakar tentera.
Doktor2 bertugas - Ditangkap tentera.
Sebagai umat Islam, kita adalah bersaudara. Tidak cukup dengan hanya bersedih dan menangisi nasib yang diterima oleh saudara kita di sana.
Seharusnya kita di sini memohon ampun dan doa kepada Allah SWT untuk keselamatan saudara-saudara kita di sana. Doalah apa yang kita boleh pohonkan, sekurang-kurangnya dalam hati kita.
Salah satu doa yang khusus apabila umat Islam dilanda musibah adalah Qunut Nazilah. Untuk itu, saya ingin kongsikan Panduan Qunut Nazilah dalam entri kali ini.
Panduan Qunut Nazilah
Panduan ini boleh dirujuk secara lengkap menerusi laman web Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM).
Pengertian Qunut
Secara ringkasnya, Qunut adalah perbuatan membaca doa kerana suatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah SWT daripada bahaya.
Cara Membaca Qunut Nazilah.
Qunut Nazilah boleh dibaca dalam setiap solat fardu lima waktu ( Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh). Ia dibaca ketika 'itidal selepas bangun dari Ruku'.
Ada tiga cara untuk membaca doa ketika berdiri 'tidal. Imam boleh memilih salah satu berdasarkan cara tersebut.
- Membaca doa Qunut sepertimana biasa yang dibaca ketika solat subuh
- Membaca doa Qunut Nazilah sahaja seperti di bawah ini
- Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah
Jika Imam tidak menghafal doa Qunut Nazlilah ini, bolehlah membaca doa ini sesudah solat. Manakala ketika solat doa Qunut dibaca sama seperti solat subuh yang biasa dibaca.
Adalah baik, Imam memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat mudah-mudahan dapat diaminkan oleh makmum ketika doa Qunut dibaca.
Doa Qunut Nazilah dan terjemahannya.
Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Marilah sama-sama kita terus berdoa kepada Allah SWT agar diberikan keselamatan bukan sahaja kepada rakyat Mesir, malahan umat Islam lain yang berada diseluruh dunia. Umpamanya, Turki, Syria, Mnyanmar, Thailand dan seluruh dunia.
Ya Allah Selamatkan kami semua.
No comments:
Post a Comment