Hari Ini Sudah Berselawat

Persepsi Kejayaan

Assalamualaikum WBT

Ketika saya berjalan di perpustakaan politeknik, Saya terserempak dengan seorang pelajar yang pernah saya ajar suatu ketika dahulu.

Beliau memberi salam dengan penuh hormat dan bertanya khabar. Saya juga menjawab dan menyambut soalan yang diajukan dengan baik oleh beliau.

English: Say's Phoebe (Sayornis saya), Califor...
English: Say's Phoebe (Sayornis saya), California, United-States. Français : Moucherolle à ventre roux (Sayornis saya), Californie, États-Unis. Tiếng Việt: Một con chim sẻ (Sayornis saya) tại California, Hoa Kỳ. (Photo credit: Wikipedia)

Persepsi Kejayaan 

Setelah beberapa ketika kami berbual, tiba-tiba muncul suatu soalan daripada dia yang membuatkan saya terpaksa berfikir jauh.

Soalan itu berbunyi, "Encik, saya telah lakukan yang terbaik untuk subjek Teknologi Elektrik. Saya laksanakan semua tugasan dengan baik, saya lakukan ulang kaji, bertanya kawan-kawan atau pensyarah dan bermacam-macam lagi. Tetapi saya hanya dapat lulus sahaja untuk subjek ini. Adakah saya tidak berjaya?"

Saya tersenyum mendengar soalan tersebut. Dalam pada itu, minda saya berputar ligat mencari jawapan yang paling sesuai untuk beliau.

Pada saya, pelajar ini mempunyai persepsi kejayaan yang kurang tepat. Ini kerana fokusnya adalah kepada keputusan yang tinggi bagi subjek yang pelajari sahaja.

Persepsi kejayaan yang boleh difikirkan adalah pengalaman semasa mempelajari ilmu sesuatu subjek itu boleh digunapakai sepanjang hayatnya.

Barangkali, kita pernah mendengar bahawa pelajar-pelajar yang keputusan akademiknya kurang menyerlah boleh berjaya ketika di alam pekerjaan berbanding pelajar-pelajar yang keputusan akademiknya tinggi.

Ini kerana kesungguhan semasa belajar itu merupakan pengalaman yang tidak mati dan ia akan berguna sehinga ke akhir hayat.
Enhanced by Zemanta
Tag : Tip Belajar
6 Komentar untuk "Persepsi Kejayaan "

Alhamudulillah,

Beliau telah berjaya melakukan yang terbaik. Bukan semua orang boleh melakukan yang terbaik...

Yang mendapat keputusan cemerlang pun belum tentu boleh melakukan yang terbaik... melakukan yang terbaik adalah kejayaan dan ia adalah rezeki yang tidak ternilai harganya...

Kejayaan seseorang bukan sahaja terbatas kepada kecemerlangan akademik.

Terdapat banyak contoh di mana, pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik tapi begitu berjaya dalam dunia pekerjaan.

Ini mungkin kerana pengalaman dia yang bersungguh-sungguh ketika belajar dahulu menjadi pengajarnya ketika di alam pekerjaan.

Dan tidak mustahil, pelajar kategori ini boleh survise di mana-mana sahaja.

keptusan yg baik tak berpihak pada pelajar ni, tapi pasti bukan gagal

Andai dia mengerti.. bahawa kecermerlangan bukn sekadar atas kertas.. ^^

Dia memang tidak gagal Tuan Denai Hati

Memang benar Tuan Artikz, kejayaan di atas kertas hanya sebahagian daripada hidup semata-mata

Back To Top