Hari Ini Sudah Berselawat

Sihatkah Pemakanan Semasa Hamil Anda?

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Semua orang inginkan kesihatan yang baik. Terutamanya wanita yang sedang hamil. Setakat ini kita perhatikan Sihatkah Pemakanan Semasa Hamil Anda?



Sihatkah Pemakanan Semasa Hamil Anda?

Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi.

Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan.

Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap.

Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda.

Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.


0 Komentar untuk "Sihatkah Pemakanan Semasa Hamil Anda?"

Back To Top