Assalamuaikum WBT dan salam sejahtera
Salah satu perkara yang perlu diambil berat bagi seorang ibu mengandung bagi menjaga diri dan bayi dalam kandungan adalah makanan.
Kita perlu menitik-beratkan beberapa perkara penting semasa membeli makanan. Ini kerana makanan yang kita makan akan menjadi darah daging dan bakal membentuk personaliti seseorang.
Di bawah ini saya senaraikan beberapa perkara penting semasa membeli makanan.

Perkara Penting Semasa Membeli Makanan
- Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya.
- Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid).
- Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut.
- Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian.
- Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori.
- Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
- Makanan juga perlu berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
- Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek).
- Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.
Sumber: http://comelnya.com/
0 Komentar untuk "Perkara Penting Semasa Membeli Makanan"