Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera
Bagi seorang pelajar, kejayaan akademik merupakan tujuan utama yang ingin dicapai. Namun begitu, dalam proses dan usaha mencapai matlamat tersebut pasti ada Penghalang Belajar.
Penghalang Belajar
Penghalang Belajar ini merupakan perkara yang perlu ditangani dengan cara yang bijaksana dan jangan berputus asa.
Antara Penghalang Belajar yang sering wujud dalam kalangan pelajar adalah seperti kejahilan, rasa mudah tidak mampu, ada kepentingan lain dan tidak terima hakikat kepentingan belajar.
Di bawah ini saya senaraikan beberapa Penghalang Belajar yang boleh diambil perhatian untuk dibaiki.
Kejahilan-
Pelajar tidak tahu akan kepentingan dan keperluan pelajaran. Mungkin dia tidak tahu kenapa dia perlu belajar? Untuk apa dia perlu bersusah payah mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan?
Rasa Tidak Mampu-
Pelajar merasakan pelajaran terlalu sukar dan langkah yang diambilnya ialah meninggalkan pelajaran. Mungkin kerana dia tidak tahu kaedah belajar yang tepat, mudah dan sesuai
Ada Kepentingan Lain-
Pelajar tidak mahu belajar kerana dia tidak sanggup mengorbankan kepentingan lain seperti menonton television, melayari internet, berfoya-foya dengan rakan-rakan dan sebagainya.
Tidak Terima Hakikat Kepentingan Pelajaran-
Orang lain menganggap bahawa pelajaran merupakan perkara penting dalam kehidupan tetapi pelajar itu sendiri tidak merasakan bahawa pelajar itu tidak penting.
Ini mungkin kerana terpengaruh dengan keadaan sekeliling seperti mana ada orang yang berpelajaran tetapi tidak menjadi manusia berguna kepada masyarakat, orang tidak berpelajaran tetapi hidup mewah dan sebagainya.
Keadaan seperti yang dinyatakan tadi mungkin menjadi penyebab kepada dia untuk tawar hati dalam belajar.
Oleh yang demikian, usah berhenti berusaha kerana kejayaan menanti anda yang berusaha.
Tag :
Tip Belajar
0 Komentar untuk "Penghalang Belajar"