Hari Ini Sudah Berselawat

Teknik Membaca KWLH

Assalamualaikum

Sebagai seorang pensyarah, saya sering kali menerima aduan oleh pelajar-pelajar bahawa mereka telah membaca pelbagai nota tetapi masih tidak ingat apa yang dibaca.

Pada pandangan saya, mungkin cara pembacaan pelajar yang kurang berkesan menyebabkan apa yang pelajar baca kurang betul caranya.

Bagi seorang pelajar, teknik membaca merupakan satu kemahiran yang amat penting kerana dalam proses pembelajaran, kita tidak boleh lari dari membaca.

Kenapa kita perlu praktikkan teknik membaca yang betul? Ini kerana teknik membaca yang betul boleh menghasilkan pembacaan yang berkesan.

Teknik Membaca KWLH


KWLH adalah singkatan bagi yang berikut;

K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)

W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)

L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)

H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)

Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca; mengingat dahulau apa yang telah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih) mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukanmenentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)

Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca menentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan

Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.

Know (K)

Apa yang sudah diketahui?

Want (W)

Apa yang hendak diketahui?

Learned (L)

Apa yang telah dipelajari/diperoleh?

How (H)

Apa lagi maklumat tambahan diperlukan?
Tag : Tip Belajar
0 Komentar untuk "Teknik Membaca KWLH"

Back To Top