Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Proses pembelajaran secara tidak formal sangat memberi kesan kepada perubahan tingkah laku seseorang pelajar. Ini dibuktikan dengan perbezaan yang sangat ketara antara pelajar-pelajar dahulu dengan sekarang. Contohnya, peredaran teknologi yang begitu pesat menyebabkan ramaja-remaja malah murid-murid dari tadika sudah pandai mengunakan komputer dan henset. Kepandaian mereka ini sebenarnya melalui proses pembelajaran yang tidak formal. Adalah tidak salah mereka pandai dari segi teknologi, tetapi kepandaian mereka ini perlu dikawal supaya tidak terpesong tingkah laku mereka.
Oleh itu, satu kaedah pembelajaran tidak formal yang sangat berkesan kepada semua lapisan masyarakat ialah solat berjemaah. Terlalu banyak ilmu yang boleh diperolehi melalui solat berjemaah yang dilakukan dengan konsisten 5 kali sehari.
Antaranya:
- Pelajar dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT
- Pelajar dapat belajar tentang bacaan-bacaan dalam solat dan wirid-wirid selepas solat.
- Pelajar dapat belajar cara bergaul dengan baik
- Pelajar dapat belajar tentang disiplin diri
- Pelajar dapat belajar kaedah bekerja sama
- Pelajar dapat belajar cara hormat-menghormati
- Pelajar dapat belajar cara bertoleransi
- Pelajar dapat belajar menguruskan diri
- Pelajar dapat belajar cara tolong-menolong
- Pelajar dapat belajar menguruskan masa
- Pelajar dapat menjaga kesihatan
- Pelajar dapat tentang akhlak mulia
- Pelajar dapat memohon doa kepada Allah SWT dengan penuh khusyuk
- Pelajar dapat menjauhkan diri daripada perbuatan yang mungkar
- Pelajar dapat menghindarkan diri daripada melakukan kerja yang tidak berfaedah
- Dll.
Allah SWT menjanjikan kepada kita solat dapat menghindarkan diri seseorang itu dari perbuatan mungkar.
Tag :
Motivasi
0 Komentar untuk "Solat Jemaah Mendidik Pelajar Cemerlang"