Hari Ini Sudah Berselawat

Kuliah Agama Membawa Kecemerlangan Pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Allah SWT melantik manusia di muka bumi ini sebagai khalifah yang mentadbir dan mengurus untuk memakmurkan bumi ini mengikut Islam. Bagaimana cara untuk mentadbir dunia ini jika tidak ada panduan yang benar dan tepat daripada sumber yang asal. Justeru, ulamak berusaha keras untuk menyampaikan ilmu yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW kepada melalui malaikat Jibril daripada Allah SWT kepada kita. Lantaran itu, ulamak membahagikan ilmu itu kepada dua bahagian iaitu ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah.


Ilmu fardu ain adalah ilmu yang wajib kepada setiap orang yang beragama Islam manakala Ilmu fardu kifayah adalah ilmu yang wajib dituntut dan diamalkan oleh sebilangan umat Islam.


Namun, pada hari ini sistem pendidikan seluruh dunia terlalu mementingkan ilmu fardu kifayah seperti ilmu kejuruteraan, biologi, kedoktoran, undang-undang dan sebagainya sedangkan ilmu ini hanya perlu di pakai setakat dunia sahaja. Sedangkan Ilmu fardu ain akan diguna pakai sehingga kita mengadap Allah SWT. Semoga Allah SWT memberi pertolongan kepada kita.


Kita tidak mampu untuk mengubah keadaan sistem yang ada tetapi Allah SWT masih memberi peluang untuk kita mendekatkan diri kepadaNYA iaitu dengan menyediakan guru-guru yang ada ilmu agama mengajar dan memberi kuliah di tempat seperti masjid dan surau. Peluang ini perlu dimanfaaatkan oleh setiap pelajar beragama Islam.


Semua Ilmu yang ada di muka bumi ini adalah bersumberkan wahyu Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Ilmu-ilmu ini boleh didapati melalui kuliah agama dan jika ilmu yang di ajarkan di masjid atau surau ini dapat difahami dengan baik insyaAllah ilmu yang diajarkan di institusi pendidikan akan mudah difahami oleh pelajar-pelajar.


Teruskan berdoa dan berusaha..
Tag : Motivasi
0 Komentar untuk "Kuliah Agama Membawa Kecemerlangan Pelajar"

Back To Top