Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Lama sungguh saya tidak kemaskini blog yang bersarang ini. InsyaAllah, hari ini saya cuba belanja anda satu post.
Salah satu hobi yang memang sukar untuk saya tinggalkan adalah membaca buku.
Walaupun saya belum berjaya membaca buku sebanyak orang-orang hebat seperti Azizi Ali yang mampu membaca ratusan dan mungkin sekarang ribuan buah buku tetapi kegemaran untuk membaca buku dari semasa ke semasa masih tetap berjalan.
Alhamdulillah, pada saya aktiviti membaca juga rezeki yang Allah SWT beri kepada saya.
Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah buku yang baru sahaja saya selesai membacanya minggu lepas.
Judulnya adalah Rancang Wang Dari Sekarang.
Sebenarnya, Buku Rancang Wang Dari Sekarang sudah lama diterbitkan iaitu pada tahun 2010 oleh PTS Profesional. Genre kewangan dan motivasi.
Oleh kerana buku ini saya baru jumpa dua minggu lepas di perpustakaan negeri Pulau Pinang, jadi hari ini tahun 2018 baru saya boleh review. He..he..
Meskipun sudah 8 tahun buku ini ditulis, tetapi saya rasa tertarik untuk berkongsi dengan anda semua kerana isinya sungguh baik untuk diamati.
Alasan kedua kenapa saya masih mahu buat review tentang buku ini walaupun buku ini sudah tidak diterbitkan lagi adalah kerana anda masih boleh mendapatkannya dalam bentuk aplikasi yang boleh dibaca melalui telefon pintar.
Jika anda berminat boleh download melalui link google play, Rancang Wang Dari Sekarang.
Baiklah, sebelum kita baca apa yang ada dalam buku ini, mari kita lihat biodata ringkas tentang penulis buku ini yang lebih gemar dikenali dengan nama Pakdi.
Sejujurnya, saya sudah lama follow blog beliau. Dengan cara penyampai yang santai memudahkan mesej yang hendak dihantar sampai.
Berbalik kepada tajuk artikel ini, jom kita lihat secara sepitas lalu apa yang anda boleh perolehi dengan membaca buku ini.
Pertama sekali cuba anda lihat isi kandungan buku ini.
Pengenalan
Prakata
Islam dan Harta
Muamalat 101
Apa Impian Hidup Kita?
Berapa Banyak yang Diperlukan?
Apa Yang Mesti Kita Buat Selepas Dapat Gaji?
Pendapatan vs Perbelanjaan
Aset vs Liabiliti
Apa yang Kita Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta?
Abang, Bila Mahu Masuk Meminang?
Sewa atau Beli Rumah?
Hutang oh Hutang
Oh, Semuanya Mudah dengan Kad Plastik
Jangan Jadi Penjamin
Apa Yang Kita Mesti Tahu Mengenai Takaful?
Sudah Tentu Semuanya OK
Skim Pasti Untung
Jadilah Tangan Yang Memberi
Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Pelaburan?
Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Pelaburan Amanah Saham?
Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Saham?
Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Hartanah?
Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Bisnes?
Bagaimana Mulakan Bisnes Sambilan?
Beli dan Bina Aset
Kita Sekarang Enggang
Terbang Bersama Enggang
Penutup
Setelah saya baca buku ini, saya mendapati cara penyampaian buku ini secara keseluruhannya sangat santai tetapi lengkap dengan istilah-istilah kewangan yang mungkin jarang diketahui oleh masyarakat umum seperti saya.
Diawal buku ini, perkara penting yang diutarakan oleh Pakdi ialah pandangan Islam terhadap harta dan kewangan.
Sebagai penganut Islam, kita tidak boleh terlepas daripada hukum syariat iaitu halal, haram, harus, makruh dan wajib dalam melakukan hubungan sesama manusia yang melibatkan kewangan atau lebih tepat dipanggil sistem muamalat.
Namun, kita tidak perlu bimbang dengan hukum-hukum yang telah Islam gariskan kerana segalanya adalah untuk memudahkan dan menyelamatkan kehidupan kita di dunia dan akhirat.
Sekiranya kita mampu mengikuti apa sahaja yang dianjurkan oleh Islam pasti kita akan selamat dan bahagia.
Penulis juga mengambil ibarah daripada kisah Nabi yang telah Allah SWT rakamkan dalam Al-Quran untuk menguruskan kewangan kita.
Contohnya, pengajaran daripada kisah Nabi Yusuf A.S. yang mentadbir negara Mesir setelah keluar daripada penjara.
Menerusi kisah ini, memang ada panduan yang Allah SWT tinggalkan untuk kita dalam mentadbir kewangan peribadi mahu kewangan negara.
Biarpun cara penyampaiannya yang santai, namun ia dilengkapi dengan maklumat teknikal dan contoh-contoh pengiraan terperinci untuk memudahkan kefahaman pembaca yang bukan daripada bidang akauntasi atau perniagaan.
Seumpamanya, pengiraan bajet untuk melaksanakan majlis perkahwinan. Penulis memberi contoh-contoh anggaran harga, pengiraan dan membuat perbandingan di antara perkara-perkara yang sepatutnya diberi keutamaan ataupun tidak.
Selain itu, dalam buku ini juga penulis berkongsi kepada kita apa yang perlu dilakukan setelah mendapat gaji pertama, bagaimana mahu membeli kereta yang tidak merugikan, adakah kita perlu menyewa atau membeli rumah dan cara hendak berhutang.
Di samping itu, Pakdi juga menganjurkan kita agar banyakkan memberi walaupun kita wajib mengurus wang dengan baik dan menambahkan aset kita.
Kesimpulannya, saya amat berpuas hati membaca buku ini kerana ia telah merubah pemikiran saya tentang kewangan.
Kalau selama ini saya hanya fikir bagaimana mahu menambahkan kewangan peribadi sahaja tetapi setelah saya baca buku ini, baru saya tahu bahawa menguruskan kewangan lebih penting daripada menambah kewangan.
Sebab itu, tidak hairan kenapa ramai orang yang ada banyak duit tapi duit tidak tahu ke mana perginya. Malahan, ramai juga yang diisytiharkan muflis walaupun umur masih muda.
Buku ini juga menjadi pencetus untuk saya membaca buku-buku kewangan yang lain dan diharapkan anda juga sama seperti saya.
Mudah-mudahan kita semua dapat belajar menguruskan kewangan dengan baik dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Ya, sekali lagi saya ulang. Kita memang kena rancang kewangan kita. Kalau tidak mungkin akaun bank kita akan kering-kontang.
Selamat membaca dan belajar merancang kewangan kita.

Review Buku : Rancang Wang Dari Sekarang |
Review Buku : Rancang Wang Dari Sekarang

Pakdi mula menulis blog sejak 2001. Bermula dengan tema sosio-politik menerusi Pakdi.com. Kemudian, penulisannya mula menjurus ke arah sosio ekonomi khususnya yang berkaitan topik pengurusan kewangan, bisnes, pelaburan dan kewangan Islam. Sewaktu masih belajar di universiti iaitu di sekitar tahun 2005 , Pakdi mengasaskan forum BicaraJutawan.com. Kini forum itu telah diwakafkan untuk manfaat semua yang mahu mengubah keadaan kewangannya menjadi lebih baik. 2009, Pakdi menerbitkan ebook edisi terhad secara percuma bertajuk, “Mari Belajar Cashflow; Panduan step-by-step Menjejaki ke Mana Duit Anda ‘Hilang’ Setiap Bulan … dan Apa yang Anda Boleh Buat Untuk Mengatasinya.” Lebih 3500 pembaca bertuah blog Pakdi.Net mendapat manfaat daripadanya. Selain menulis, Pakdi juga sering dijemput untuk mengendalikan bengkel-bengkel berkaitan keusahawanan, pengurusan kewangan dan juga pelaburan sama ada untuk orang awam, pelajar universiti, badan kerajaan dan juga syarikat korporat.
Sejujurnya, saya sudah lama follow blog beliau. Dengan cara penyampai yang santai memudahkan mesej yang hendak dihantar sampai.
Berbalik kepada tajuk artikel ini, jom kita lihat secara sepitas lalu apa yang anda boleh perolehi dengan membaca buku ini.
Pertama sekali cuba anda lihat isi kandungan buku ini.
Isi kandungan
Pengenalan
Prakata
Islam dan Harta
Muamalat 101
Apa Impian Hidup Kita?
Berapa Banyak yang Diperlukan?
Apa Yang Mesti Kita Buat Selepas Dapat Gaji?
Pendapatan vs Perbelanjaan
Aset vs Liabiliti
Apa yang Kita Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta?
Abang, Bila Mahu Masuk Meminang?
Sewa atau Beli Rumah?
Hutang oh Hutang
Oh, Semuanya Mudah dengan Kad Plastik
Jangan Jadi Penjamin
Apa Yang Kita Mesti Tahu Mengenai Takaful?
Sudah Tentu Semuanya OK
Skim Pasti Untung
Jadilah Tangan Yang Memberi
Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Pelaburan?
Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Pelaburan Amanah Saham?
Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Saham?
Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Hartanah?
Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Bisnes?
Bagaimana Mulakan Bisnes Sambilan?
Beli dan Bina Aset
Kita Sekarang Enggang
Terbang Bersama Enggang
Penutup
Setelah saya baca buku ini, saya mendapati cara penyampaian buku ini secara keseluruhannya sangat santai tetapi lengkap dengan istilah-istilah kewangan yang mungkin jarang diketahui oleh masyarakat umum seperti saya.
Diawal buku ini, perkara penting yang diutarakan oleh Pakdi ialah pandangan Islam terhadap harta dan kewangan.
Sebagai penganut Islam, kita tidak boleh terlepas daripada hukum syariat iaitu halal, haram, harus, makruh dan wajib dalam melakukan hubungan sesama manusia yang melibatkan kewangan atau lebih tepat dipanggil sistem muamalat.
Namun, kita tidak perlu bimbang dengan hukum-hukum yang telah Islam gariskan kerana segalanya adalah untuk memudahkan dan menyelamatkan kehidupan kita di dunia dan akhirat.
Sekiranya kita mampu mengikuti apa sahaja yang dianjurkan oleh Islam pasti kita akan selamat dan bahagia.
Penulis juga mengambil ibarah daripada kisah Nabi yang telah Allah SWT rakamkan dalam Al-Quran untuk menguruskan kewangan kita.
Contohnya, pengajaran daripada kisah Nabi Yusuf A.S. yang mentadbir negara Mesir setelah keluar daripada penjara.
Menerusi kisah ini, memang ada panduan yang Allah SWT tinggalkan untuk kita dalam mentadbir kewangan peribadi mahu kewangan negara.
Rancanglah kewangan kita
Biarpun cara penyampaiannya yang santai, namun ia dilengkapi dengan maklumat teknikal dan contoh-contoh pengiraan terperinci untuk memudahkan kefahaman pembaca yang bukan daripada bidang akauntasi atau perniagaan.
Seumpamanya, pengiraan bajet untuk melaksanakan majlis perkahwinan. Penulis memberi contoh-contoh anggaran harga, pengiraan dan membuat perbandingan di antara perkara-perkara yang sepatutnya diberi keutamaan ataupun tidak.
Selain itu, dalam buku ini juga penulis berkongsi kepada kita apa yang perlu dilakukan setelah mendapat gaji pertama, bagaimana mahu membeli kereta yang tidak merugikan, adakah kita perlu menyewa atau membeli rumah dan cara hendak berhutang.
Muka surat belakang buku Rancang Wang Dari Sekarang |
Di samping itu, Pakdi juga menganjurkan kita agar banyakkan memberi walaupun kita wajib mengurus wang dengan baik dan menambahkan aset kita.
Kesimpulannya, saya amat berpuas hati membaca buku ini kerana ia telah merubah pemikiran saya tentang kewangan.
Kalau selama ini saya hanya fikir bagaimana mahu menambahkan kewangan peribadi sahaja tetapi setelah saya baca buku ini, baru saya tahu bahawa menguruskan kewangan lebih penting daripada menambah kewangan.
Sebab itu, tidak hairan kenapa ramai orang yang ada banyak duit tapi duit tidak tahu ke mana perginya. Malahan, ramai juga yang diisytiharkan muflis walaupun umur masih muda.
Buku ini juga menjadi pencetus untuk saya membaca buku-buku kewangan yang lain dan diharapkan anda juga sama seperti saya.
Mudah-mudahan kita semua dapat belajar menguruskan kewangan dengan baik dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Ya, sekali lagi saya ulang. Kita memang kena rancang kewangan kita. Kalau tidak mungkin akaun bank kita akan kering-kontang.
Selamat membaca dan belajar merancang kewangan kita.
2 Komentar untuk "Review Buku : Rancang Wang Dari Sekarang"
REVISI YG AGAK DETIL MENYELURUH AMAT MENARIK MINAT UTK MEMBACANYA..KAK PINJAM PIC BUKU NI YA...TKSH
semoga bermanfaat