Hari Ini Sudah Berselawat

Menikmati Hidangan Melayu Di Hotel Perdana Kota Bharu

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur, selesai sudah kursus Program Peningkatan Kemahiran (PPK) yang berlangsung di Hotel Perdana, Kota Bharu Kelantan.

Kursus ini dijalankan selama 5 hari iaitu bermula pada 30 September 2013 hingga 4 Oktober 2013.

Tajuk kursus ini adalah 'Aplikasi Projek Antaramuka Perisian dan Perkakasan' yang memberi pendedahan bagaimana untuk melakukan komunikasi di antara sesuatu perisian dan juga perkakasan. 

Menikmati Hidangan Melayu Di Hotel Perdana Kota Bharu


Kursus ini cukup memberi impak dalam diri saya kerana banyak ilmu pengetahuan yang dapat saya garap sepanjang kursus ini dijalankan.

Meskipun saya tidak mempunyai pengetahui tentang antaramuka perkakasan dan perisian, namu kumpulan kami berjaya menghasilkan suatu projek dan membuat pembentangan di penghujung kursus ini.

Menikmati Hidangan Melayu Di Hotel Perdana Kota Bharu


Seusai keluar dari Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan ini, sempat saya berbual dengan seorang pemandu teksi.

Beliau mengatakan hotel ini baru sahaja melalui proses penambahbaikan yang mengambil masa lebih kurang dua tahun lamanya. Kini hotel ini bertaraf tinggi di negeri Serambi Mekah ini.

Menikmati Hidangan Melayu Di Hotel Perdana Kota Bharu


Selain berpuas hati dengan isi kursus ini, saya juga betul-betul berpuasa rasa menikmati perkhidmatan Hotel Perdana ini.

Seperti yang saya garapkan dalam entri Teruja Berkursus Di Negeri Serambi Mekah sebelum ini, perkara yang memang menjadi keterujaan saya tatkala sampai ke Kelantan adalah menikmati makanan dan menginap di hotel.

Hotel yang dipilih oleh pihak penganjur kursus ini memang bertepatan dengan cita rasa saya. Saya yakin pasti ada juga dalam kalangan orang Melayu terutamanya orang-orang lama yang mengemari perkhidmatan hotel ini.

Sepanjang berkurusus, memang saya dapat menikmati hidangan Melayu di Hotel Perdana, Kota Bharu ini  setiap hari.

Hidangan makan pagi betukar-tukar setiap hari. Dalam tempoh lima hari, saya dapat menikmati nasi kerabu, nasi dagang dan nasi berlauk di waktu pagi.

Bukan setakat itu sahaja, nasi tumpang dan nasi minyak serta kuih-muih, roti canai, peknga(lempeng) juga sedia di hidang ketika sarapan pagi. 


Turut di sediakan beberapa jenis roti yang boleh dimakan dengan planta atau jem, telor rebus dan omelette.

Tidak seperti hotel-hotel yang pernah saya inap, dessert yang disediakan adalah seperti kek topping, ais krim, puding dan puding karemal yang saya kira berkolestral tinggi.


Di sini memang saya tidak jumpa dessert yang berunsurkan western. (Saya tidak pasti boleh request atau tidak)

Bagi saya Hotel Perdana, Kota Bharu ini hotel bertemakan Melayu dan Islamik kerana dari segi makanan, majoriti hidangan yang disediakan adalah bertemakan Melayu.

Di hadapan bilik saya berkursus di sediakan musolla untuk lelaki dan wanita. Tafsir Al-Quran disediakan juga. Suara azan boleh didengari walaupun kita sedang berada di dalam bilik.

Kalau anda ingin bercuti di negeri Kelantan ini, bolehlah menginap di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan.

Doa saya untuk mengunyah kuih akok dikabulkan Allah pada hari pertama saya sampai di Kota Bharu ini. Alhamdulillah...memang murah rezeki

Tag : Santai
17 Komentar untuk "Menikmati Hidangan Melayu Di Hotel Perdana Kota Bharu"

salam sabtu..
syukur segala berjalan dengan baik. rasanya nikmat yang di berikan akan berpanjangan.amin.

aiza tak makan lagi ni.. tengok kuih tu terasa lapar la pula..

jangan biar perut kosong, nanti masuk angin...

Menarik Hotel Perdana ni...
Terpikat dgn gambar makanan itu, Kuih apa tu?

ouch..nampak sedap sangat..lapar pulak :D

Assalammualaikum... mselim3 nak tanya ?
apa nak kuih kat atas tu yg bergulung2 tu..

mselim3

pls: mselim3 x pernah makan.. macam pulut panggang aje...

salam

Ini bukan kuih..orang Kelantan panggil nasi tupe atau nama lainnya nasi tumpang.

bila sampai kelantan nanti terus ambil..hehehe...

Walaikumussalam

Ini bukan kuih atau pulut panggang.. tetapi nasi tumpang..

bukan setakat nampak, rasanya pun sedap...

memang nampak sedap tu.. ntah bila nak sampai kelantan agaknya

Greetings admin
I like your topic, after reading your article very helpful at all and can be a source of reference . I hope others can feel the same benefits as me I will wait for your next article updates. Thank you for sharing

Back To Top