Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Kita memang sangat digalakkan untuk berpuasa pada 9 Zulhijjah kerana Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang bermaksud:
Pada hari yang ke 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah kita dilarang berpuasa. Perkara ini merujuk kepada sebuah Hadith
Pada Hari Raya Aidil Adha, kita disunatkan
Semoga kita beroleh rahmat Allah SWT.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Alangkah damainya mereka yang menjadi tetamu Allah SWT sekarang ini.
Semoga mereka yang sedang khusyuk melaksanakan ibadah di Tanah Suci Mekah akan mendapat kekuatan untuk meneruskan perjuanga ibadah mereka hingga ke hari Arafah.
Diharap juga mereka beroleh haji yang mabrur.
Sesungguhnya Allah SWT Maha Adil, meskipun kita tidak menjadi tetamuNya di Tanah Suci, tetapi kita tetap boleh mengumpul sebanyak-banyak pahala dengan berada di Tanahair.
Hari ini, saya ingin kongsikan sedikit sebanyak amalan sunat yang boleh kita amalkan sepanjang bulan Zulhijjah ini.
Amalan Sunat Dalam Bulan Zulhijjah
Puasa Sunat
Seelok-eloknya, di sepanjang bermula daripada tanggal 1 Zulhijjah sehingga 9 Zulhijjah kita di sunatkan berpuasa.
Hal ini boleh dirujuk dalam sebuah hadith
Dalam hadis yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW: “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.”(Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
Selain itu, Imam Syafie berpendapat:
“Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat beribadat di ‘Arafah.”
Puasa Hari Arafah
Kita memang sangat digalakkan untuk berpuasa pada 9 Zulhijjah kerana Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang bermaksud:
Niat Puasa Hari Arafah
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Daku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala.
Larangan Berpuasa
Pada hari yang ke 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah kita dilarang berpuasa. Perkara ini merujuk kepada sebuah Hadith
Hadis yang diriwayatkan dari Umar ra: “Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)
Amalan Sunat Pada 10 Zulhijjah
Pada Hari Raya Aidil Adha, kita disunatkan
- Mandi pada pagi hari
- Tidak menjamah makanan atau minuman sehingga selesai solat sunat Adha
- Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan menggunakan jalan lain ketika pulang dari masjid
- Bertakbir, bertahmid, bertahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
- Membaca doa akhir tahun pada 29 atau 30 Zulhijjah selepas asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Maghrib pada malam awal Muharram.
- Bersedekah
Semoga kita beroleh rahmat Allah SWT.
Tag :
Ibadah
10 Komentar untuk "Amalan Sunat Dalam Bulan Zulhijjah"
semoga dapat lah kita amalkan 10 zulhijjah nnt
perkongsian yang baik.. ada yang masih keliru berkenaan hari larangan berpuasa tu.. lepas baca artikel ini barulah jelas..
Cuma satu yg menjadi kemushkilan... Membaca doa akhir tahun dan awal tahun bukan perkara sunat. Tiada hadis sahih mengenai perkara ini. Namun ianya tidak salah sekadar doa tanpa penetapan masa dan ketika.
bagus info ini...refresh
terima kasih. semoga kita dapat ingat mengingati selalu
amin..harapan kita juga sebagai doa.
saya juga tidak pandai. marilah sama-sama kita menuntut ilmu selagi nyawa dikandung badan
saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawab kemushkilan tuan. saya tidak alim...baik rujuk dengan guru2 yang alim. tetapi bagi saya amalan yang baik rugi kalau tak buat.
Assalamualaikum.. Salam Aidiladha. thanks sharing... tahun ni sheila tak berkesempatan nak puasa Arafah..
walaikumussalam. Salam Aidiladha...sama-sama. Insha Allah boleh buat amalan sunat yang lain