Hari Ini Sudah Berselawat

Gambarkan Apa Yang Ingin Di Ingat

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera


Apabila anda berada di dalam ke kelas, cuba anda bayangkan apakah gambar yang terlekat di dalam bilik tidur anda di rumah sekiranya ada?

Saya rasa tentu ramai yang boleh ingat apakah gambar yang terlekat di dalam bilik tidur anda , meskipun anda tidak pernah berhasrat untuk menghafal gambar tersebut.

Di sini menunjukkan bahawa minda kita mudah untuk mengingat sesuatu dalam bentuk gambar.

Oleh itu, hari ini saya ingin menyambung berkenaan tip mudah ingat yang kedua iaitu Gambarkan  apa yang ingin diingat.


Gambarkan apa yang ingin diingat

Kenapa kita perlu tukarkan maklumat yang diperolehi kepada gambar?

Jawapannya adalah:
  • kelajuan manusia bercakap adalah antara 150 - 200 patah perkataan seminit 
  • kelajuan manusia berfikir adalah antara 300 - 500 patah perkataan seminit.

Anda boleh menukarkan maklumat yang diajarkan oleh pensyarah semasa di dalam kelas.

Ketika pensyarah cuba menyampaikan sesuatu maklumat, cuba arahkan minda anda menukarkan perkataan yang diterima dalam bentuk gambar.

Bagaimana untuk melakukannya?


Kita memang boleh melakukannya. Cuba anda bayangkan apabila seseorang menujuk arah jalan ke sesuatu tempat, "jalan yang lurus dan di sebelah kanan jalan terdapat sebuah rumah dua tingkat berwarna hijau muda". 

Bolehkan?

Aktiviti ini mampu membuatkan anda lebih fokus ketika belajar dan mudah diingat. 

Selamat mencuba! Dapatkan 7 tip mudah ingat.


Tag : Tip Belajar
0 Komentar untuk "Gambarkan Apa Yang Ingin Di Ingat"

Back To Top