Hari Ini Sudah Berselawat

Sikap Pelajar

Assalamualaikum...

Saya masih baru dalam bidang pendidikan di negara kita ini. Berdasarkan pengalaman yang tidak berapa banyak  dan pengalaman rakan-rakan setugas yang sekian lama bertarung dalam arena pendidikan ini mengatakan kesukaran dalam mendidik pelajar ialah sikap pelajar itu sendiri.


Sikap Pelajar


Sikap merupakan makenisma penting yang menyumbang kepada kejayaan pembelajaran dan pengajaran. Seoarang pengajar bakal berdepan dengan pelbagai sikap pelajar yang mana boleh mempengaruhi situasi dan emosi.

Sebagai contoh, apabila ada pelajar yang datang lewat ke kelas. Mereka dengan tidak rasa bersalah memberi alasan, "Saya bangun lewat Encik,". 

Sering kali datang lewat, ada sahaja alasan daripada pelajar yang sukar diterima oleh pengajar. Apabila lewat hantar tugasan, mereka sering memberi alasan tidak sempat, banyak tugasan lain dan sebagainya.

Bukankah tugas seorang pelajar ialah datang ke kelas?Bukankah tugas menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya juga merupakan tanggungjawab pelajar?

Saya pernah berdepan dengan situasai di mana, apabila amali sedang berjalan terdapat pelajar duduk di belakang sambil mengangkat kaki dan meletakkannya di atas kerusi rakan sebelahnya. Tidakkah ini menunjukkan sikap pelajar yang kurang sopan?

Alangkah malunya saya apabila melihat sikap pelajar hari ini yang sudah hilang adab dan akhlak. Beginikah sikap pelajar kita yang akan menjadi pemimpin di masa hadapan?

Bagaimana kita perlu atasi masalah ini?


Tag : Santai
0 Komentar untuk "Sikap Pelajar"

Back To Top