Hari Ini Sudah Berselawat

Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak Yang Ke 11 Tahun 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ya, memang semua rakyat Malaysia terutamanya orang Sarawak ternanti-nanti siapakah yang akan menjadi pemimpin selepas pilihanraya negeri Sarawak selepas ini.

Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak Yang Ke 11 Tahun 2016
Pilihanraya dijari anda, biarlah ia rahsia dalam poket anda


Tarikh penamaan calon  Pilihanraya Sarawak yang ke 11 adalah 15 April 2016.


Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak Yang Ke 11 Tahun 2016 


Kalau mahu tahu, kita mesti tunggu keputusannya selepas 7 Mei 2016 ini kerana hari ini belum lagi dibenarkan untuk membuang undi.

Alhamdulillah, keputusan penuh sudah ada. Anda boleh klik di sini--->>> Keputusan PRN 11 Sarawak.

Kepada rakyat Sarawak wajib mendaftar dahulu kalau mahu menggundi. Anda boleh semak melalui link di bawah ini.

KLIK SINI, AYUH! Edisi Pilihanraya Sarawak : Semakan Daftar PemilihKalau mahu tolong semak untuk orang lain pun boleh guna link ini -->> Semakan daftar pemilih

Pilihanraya Negeri Sarawak 2016, sepertimana yang telah pun dicadangkan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini beliau telah pun memberikan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia SPR melibatkan tarikh hari penamaan calon dan juga hari mengundi bagi Pilihanraya Sarawak PRN bagi edisi yang ke 11 untuk tahun 2016 ini.

Ia satu yang lain daripada kebiasaannya apabila buat pertama kalinya Ketua Menteri Sarawak tidak bermain drama dan teka-teki bila agaknya tarikh Pilihanraya Sarawak.

Jikalau pada edisi sebelum ini, melalui pengumuman mantan Ketua Menteri Sarawak tarikh 20 Mei 2006 dan juga 16 April 2011 dipilih oleh Tan Sri Taib Mahmud sebagai tarikh hari pengundian, Tan Sri Adenan satem pula memilih

Seperti biasa, untuk memastikan keputusan Piliahnraya Sarawak berpihak kepada pemimpin dan parti masing-masing bagi menarik dan manawan hati pengundi Sarawak, selepas ini kita akan dipelihatkan bila tiba pilihanraya, barulah wakil-wakil rakyat ini turun padang untuk berjumpa dengan rakyat jelata dan masyarakat pribumi. Sedangkan sebelum pilihanraya, nak nampak batang hidung pun susah. Apatah lagi nak minta bantuan. Rata-ratanya, masyarakat negeri Sarawak bukanlah terdiri dari orang yang senang.

Negeri yang paling banyak menghasilkan pendapatan buat Kerajaan Malaysia, pada Berita Semasa, semacam dianak tirikan. Sedangkan apa yang kami lihat, negeri Sarawak merupakan aset tetap kepada Kerajaan Malaysia, berbanding negeri-negeri lain yang kebanyakannya banyak menjadi liabiliti.

Berita Semasa sangat-sangat berharap agar rakyat negeri Sarawak, memilih mereka yang benar-benar dapat membantu mereka dan memacu rakyat dan ekonomi negeri Sarawak ke arah yang lebih baik dan maju dari segi kemudahan awam dan insfrastruktur yang lebih baik bagi edisi Pilihanraya Sarawak 2016 kali ini. Ahli politik dalam Malaysia ini, baik Pakatan Rakyat atau barisan Nasional, banyak yang tahi dari emas.

Tak semua ahli politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat itu tidak bagus, tapi berapa kerat yang ada yang benar-benar menjalankan kewajipan? Persoalan ini Berita Semasa tinggalkan untuk anda terutamanya yang bakal membuat memberikan impak disebalik keputusan Pilihanraya Sarawak kelak!

Pesanan saya , pilihan raya bukan setahun sekali.


Oleh itu, buatlah pilihan yang terbaik bagi edisi Pailihanraya Sarawak 2016 ini.
Tag : isu semasa
0 Komentar untuk "Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak Yang Ke 11 Tahun 2016"

Back To Top