Hari Ini Sudah Berselawat

Halangan Menanam Cita-Cita Dalam Diri

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Sebagai seorang pendidik, saya perhatikan kebanyakkan pelajar hari ini kurang kemahuan dalam belajar mahupun menanam cita-cita dalam diri.

Mungkin kerana perubahan zaman yang penuh dengan kemewaha menyebabkan mereka tidak perlu bersusah payah untuk belajar ataupun Menanam Cita-Cita Dalam Diri.

Di bawah ini saya senaraikan 7 Halangan Menanam Cita-Cita Dalam Diri seseorang.
cita-cita,
belajar dengan semangat untuk capai cita-cita


Halangan Menanam Cita-Cita Dalam Diri


1. Tiada dorongan- 

Ibu bapa tidak menunjukkan sikap bersungguh-sungguh dalam bidang pendidikan seperti tidak member galakan dalam pelajaran pelajar. Tidak ambil kisah tentang prestasi pelajaran anak-anak.

2. Tiada sokongan- 

Ibu bapa atau orang sekeliling pelajar tidak memberi sokongan terhadap kemampuan atau pencapaian pelajar dalam bidang akademik. Mungkin ada pelajar yang bercita-cita untuk Berjaya dalam pelajaran, tetapi ibu bapa mereka tidak campur tangan atau tidak ambil kisah.

3. Tidak yakin pada diri sendiri- 

Terdapat sebilangan pelajar yang ragu-ragu terhadap kemampuan dirinya sendiri. Keyakinan dalam dirinya semakin teruk jika dia mendapat keputusan yang teruk dalam ujian atau peperiksaan.

4. Kecewa- 

Wujud sebilangan pelajar yang bercita-cita tinggi dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita yang diimpikan tersebut. 

Namun, mungkin ada penghalang yang tidak dapat dielakkan seperti masalah kesihatan atau sebagainya menyebabkan dia berasa kecewa dan tidak mahu meneruskan usaha untuk menggapai cita-citanya.

5. Sengaja- 

Ada juga yang sengaja tidak mahu menanam cita-cita mungkin kerana terpengaruh dengan cerita-cerita daripada filem, rakan-rakan sekelinga atau sebagainya.


6. Tidak kisah- 

Memang ada segelintir pelajar yang tidak ambil kisah tentang pelajaran dan tidak bercita-cita untuk Berjaya dalam hidup. Mungkin pengaruh dari dalam atau luar rumah menjadi factor kepada sikap yang sebegini.

7. Tiada pendedahan tentang kepentingan pelajaran untuk kehidupan- 


Anak-anak masih kurang matang dan kurang akal mereka. Kebanyakkan mereka tidak pandai menilai kepentingan pelajaran dalam kehidupan. 

Mereka lebih berminat dengan keseronokkan dan dapat menilai sesuatu kepentingan jika hasil yang diperolehi dalam tempoh yang singkat. 

Contohnya, mereka sukan kepada gula-gula kerana rasanya manis dan sedap, tetapi mereka tidak dapat berfikir kesan buruk kepada kesihatan jika makan terlalu banyak.

Semoga ianya bermanfaat untuk saya dan anda semua.
Tag : Motivasi
0 Komentar untuk "Halangan Menanam Cita-Cita Dalam Diri"

Back To Top