Hari Ini Sudah Berselawat

Tanda-Tanda Pelajar Membazir Masa

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Setiap kali kita hadiri majlis agama, para guru atau penyampai akan menutup majlis dengan bacaan tasbih Kifarah dan bacaan Surah Al-Asr.

Mari ikut saya baca Surah Al-Asr dan terjemahan surah ini.

Surah Al-Asr
”Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal sholih dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran” (QS. Al ‘Ashr). 



Andainya kita hayati terjemahan surah di atas ini, masa merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan kita.

Dalam surah ini, Allah SWT bersumpah dengan masa bahawa manusia akan rugi melainkan orang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.

Begitu juga dengan pelajaran. Seorang pelajar yang bijak akan sentiasa menghargai masa dan tidak membazirkan masa.

Masa yang ada akan digunakan dengan sebaik mungkin agar tidak kerugian dalam pelajaran.

Oleh itu, seorang pelajar perlu elakkan daripada membazirkan masa dan teruskan belajar.

Hari ini, saya kongsikan dengan anda tanda-tanda pelajar membazirkan masa.

Tanda-Tanda Pelajar Membazir Masa


  1. Pelajar tertekan apabila mengulang kaji pelajaran
  2. Pelajar mengalami kesukaran untuk mengulang kaji sesuatu tajuk walaupun sebenarnya tajuk itu tajuk yang mudah
  3. Pelajar mengalami kesukaran untuk menyediakan nota penting
  4. Pelajar tidak boleh studi dalam masa yang singkat

Sumber:
Dr. Hanafi Ismail (2005). Pengurusan Masa Pelajar. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua terutama sekali pelajar.
0 Komentar untuk "Tanda-Tanda Pelajar Membazir Masa"

Back To Top