Hari Ini Sudah Berselawat

TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (IPTA) 2018 KINI DIBUKA

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kepada calon-calon yang berkelayakkan, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mempelawa anda untuk memohon biasiswa Pendidikan dalam negara  (Universiti Awam tempatan).


Saya dapat maklumat ini daripada laman fanpage Lembaga Zakat Negeri Kedah.


Mari lihat, mungkin anda layak memohon.

TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (IPTA) 2018 KINI DIBUKA

TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (IPTA) 2018 KINI DIBUKA
TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (IPTA) 2018 KINI DIBUKA

Bidang Pengajian (Ijazah Pertama) dan Syarat Kelayakan akademik 


Kejuruteraan/Bioteknologi/Sains gunaan/Sains Kuantitatif, Sains Tulen dan Sains Perubatan

▪Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.50* keatas atau setaraf dengannya.

2Kewangan/Perbankan/Perakaunan/Ekonomi

▪Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.50* keatas atau setaraf denganya.
Pengajian Islam / Sains Sosial

▪ Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.50* keatas atau sekurang-kurangnya *Jayyid Jiddan* bagi lepasan STAM

Kelayakkan Permohonan?


1- Islam

2- Anak Negeri Kedah atau telah bermastautin di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.

3- Berumur bawah 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup

4- Pelajar tahun pertama pengajian sahaja

5- Tidak mendapat sebarang tajaan, biasiswa atau pinjaman dari mana-mana pihak

6- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian.

Cara Memohon?


▪ Permohonan secara *online* di laman web zakat kedah di alamat www.zakatkedah.com.my

▪Klik Muat Turun Borang serta klik pada *Biasiswa Pengajian Pelajar Dalam Negara (IPTA)*.

Atau terus ke Aplikasi atas talian (Portal Biasiswa) : biasiswa.zakatkedah.com.my

▪Daftar ID Pengguna di portal Biasiswa tersebut.

Peringatan


▪Setiap pemohonan dibuat secara online dan dokumen berkaitan perlu dilampirkan (attach/upload) masuk ke dalam sistem.


Tarikh Tutup Permohonan?


Permohonan mesti sampai sebelum *31 Oktober 2018.*


 *Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga*


Sebarang persoalan boleh hubungi :


*Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan*

No Telefon : 04-7331740

Alamat :  Aras 5, Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Alor Setar, Kedah

Portal Biasiswa : biasiswa.zakatkedah.com.my

📩Email : pendidikan@zakatkedah.com

📲 Facebook : facebook.com/zakatkedah

" Zakat Anda Merubah Asnaf "

Belum cuba, belum tahu. Mungkin Rezeki and. Lebih baik anda mohon sekarang. Sekurang-kurangnya anda tidak perlu bayar balik selepas tamat belajar kalau menggunakan pinjaman.
Tag : Biasiswa
4 Komentar untuk "TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (IPTA) 2018 KINI DIBUKA"

selamat memohon kpd mrka yg layak. semoga berjaya!

sangat beruntung kepada pelajar yang mendapat biasiswa begini...

itulah keistimewaan yang Allah bagi kepada mereka yang bijak dan pintar dalam pelajaran..

kurang pintar perlu cari jalan lain untuk mencapai kejayaan dalam hidup

YANG INGIN SAMBUNG PELAJARAN KE PERINGKAT TINGGI ELOKLAH MOHON JGN LEPASKAN PELUANG

Back To Top