Hari Ini Sudah Berselawat

Review Buku : Perancangan Pelaburan Hayat

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Sejak beberapa bulan ini, saya jadi minat membaca buku tentang kewangan. Anda boleh lihat beberapa buah buku kewangan yang telah saya review sebelum ini.


Banyak lagi buku tentang kewangan yang saya beli dan pinjam yang sudah habis dibaca tetapi belum sempat direview dalam blog ini.


InsyaAllah, jika diizinkan Allah saya akan buat review buku lagi.


Alhamdulillah, hujung minggu lepas saya sempat habiskan membaca sebuah buku yang berjudul Perangan Pelaburan Hayat.


Buku ini saya beli secara online melalui laman web bookplanet. Ia ditulis oleh dua orang yang bernama Anuar Haniff dan Dr Mohd Nizal Haniff.


Buku terbitan True Wealth Sdn. Bhd. ini harganya RM29.90 dan genrenya adalah kewangan.


Alhamdulillah, memang rezeki saya. Masa saya boleh buku ini ada discount.


Kalau anda mahu dapatkan discount daripada syarikat penerbitan buku ini anda kena subscribe email atau selalulah bertandang ke laman web tersebut. 


Review Buku : Perancangan Pelaburan Hayat



Cover depan  Buku Perancangan Pelaburan Hayat
Cover depan  Buku Perancangan Pelaburan Hayat



Biodata Penulis


Anuar Haniff merupakan seorang penulis subjek ekonomi dan perancangan kewangan. Berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang pelaburan dan kewangan, termasuklah pelaburan insurans, takaful, ekuiti dan konsultasi strategi. Anuar memegang Ijazah Sarjana Sastera (Ekonomi) 1st Class Standing dari McMaster Unversity, Ontario, Kanada. Kini beliau menyambung akademiknya ke peringkat PhD dalam bidang Ekonomi di universiti Islam tempatan. 


Dr Mohd Nizal Haniff ialah pensyarah dan felo penyelidik di Accounting Research Institute dan Fakulti Perakaunan di UiTM. Beliau berpengalaman lebih 15 tahun dalam konsultasi kewangan dengan agensi kerajaan dan pihak swasta. Dr Nizal berkelulusan PhD (Kewangan) dari Cardiff University, dan mendapat Ijazah Profesional dari The Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), di United Kingdom.

Isi Kandungan

Antara isi kandungan dalam buku ini adalah


Penghargaan
Pengenalan

BAB PERTAMA
Asas-asas Pelaburan Termasuk Pelaburan Syariah

BAB KEDUA
Amalan Pelaburan Yang Bijak

BAB KETIGA
Perancangan Pelaburan Hayat dan Kepentingannya

BAB KEEMPAT
Portfolio Pelaburan Bagi Umur 20 ke 30 Tahun

BAB KELIMA 
Portfolio Pelaburan Bagi Umur 30 ke 50 Tahun


Ulasan Buku


Pertama kali saya tengok tajuk di muka hadapan buku ini, saya kurang berminat untuk membacanya.


Pada fikiran saya, buku ini mesti bercerita tentang pelaburan saham di bursa saham.


Namun, setelah melihat isi kandungannya, saya rasa tertarik untuk mengetahui dengan lebih mendalam.


Di dalam buku ini ada diterangkan bagaimana membuat portfolio perancangan pelaburan sejak umur 20 tahun sehingga umur 70 tahun bagi rakyat Malaysia.


Secara umun, perancangan pelaburan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu umur 20-30, 30-50 dan 50-70 tahun dan secara khusus dibahagikan kepada empat bahagian.


Fokus utama dalam buku ialah menggalakkan rakyat Malaysia belajar merancang pelaburan seawal usia dan memilih pelaburan syariah sahaja.


Selain itu, penulis juga menerangkan perbezaan di antara menyimpan duit dan melabur serta bagaimana untuk memaksimumkan pelaburan.

Cover muka surat belakang buku Perancangan Pelaburan Hayat
Cover muka surat belakang buku Perancangan Pelaburan Hayat


Kepada anda yang mempunyai duit dalam KWSP, jangan biarkan duit di dalam akaun tersebut terlalu lama tanpa melakukan apa-apa pelaburan. Adalah rugi tidak dilaburkan sedangkan anda boleh memaksimumkan pelaburan KWSP.


Yang lebih menariknya, di dalam buku ini juga ditunjukkan bagaimana anak muda boleh merancang pelaburan seawal usia dengan strategi yang bijak.






Sebagai penutup, buku ini cuba menunjukkan bagaimana cara mengamalkan pelaburan yang bijak dan berstrategi.


Ia sesuai dibaca oleh orang muda yang baru masuk alam pekerjaan tetapi ingin membuat perancangan pelaburan seawal usia dan mahu mencapai 'kebebasan kewangan' serta bersara awal.


Kepada ibu tunggal yang baru berpisah dengan suami tetapi bercita-cita untuk berjimat-cermat serta memulakan simpanan atau pelaburan demi membesarkan anak-anak boleh membaca buku ini.


Tidak dilupakan kepada orang yang berpangkat besar tetapi anda berasa hairan apabila melihat keseluruhan kewangan anda masih tidak berganda sejak 10 tahun ini.


Semoga ia bermanfaat kepada semua yang membaca.
Tag : Buku, Kewangan
2 Komentar untuk "Review Buku : Perancangan Pelaburan Hayat"

Back To Top