Hari Ini Sudah Berselawat

Kesalahan Penggunaan Perkataan AFFECT dan EFFECT

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ya,


Hari ini kita sambung balik siri perkongsian Bahasa Inggeris.


Sebelum ini, saya kongsikan dua isu tentang Bahasa Inggeris iaitu Kesalahan Penggunaan Perkataan Accept dan Except dan Kesalahan Penggunaan Perkataan Advice dan Advice.


Baiklah, tips hari ini ialah  berkenaan kesalahan penggunaan perkataan  AFFECT dan EFFECT.

 Kesalahan Penggunaan Perkataan  AFFECT dan EFFECT



 Kesalahan Penggunaan Perkataan  AFFECT dan EFFECT, bahasa inggeris , kuasai bahasa inggeris, online bahasa inggeris
 Kesalahan Penggunaan Perkataan  AFFECT dan EFFECT


Dari segi perkataan,  

  • AFFECT dimulai dengan ‘AF’ 
  • EFFECT bermula dengan ‘EF’. 


AFFECT biasanya bertindak sebagai verb atau kata kerja (tindakan). Ia bermaksud memberi
kesan kepada seseorang atau sesuatu atau  mempengaruhi dan mengubahnya.

 Contoh:  The noise outside AFFECTED my performance.
 Bunyi bising di luar memberi kesan kepada persembahan saya.
Adalah salah kalau anda buat ayat begini
Contoh:  The noise outside EFFECTED my performance.

EFFECT pula biasanya ialah noun atau kata nama (benda).  Ia boleh membawa maksud akibat atau kesan terhadap seseorang atau sesuatu.

Contoh: The television programme had a strong EFFECT on her.
Rancangan televisyen itu meninggalkan kesan yang mendalam terhadapnya.
Adalah salah kalau anda buat ayat begini

Contoh: The television programme had a strong AFFECTED on her.

*Perhatian Faizal: effect selalunya diikuti dengan kata sendi on atau didahului oleh
 artikel an dan the.


 Jadi saya harap Anda jelas dengan perbezaannya. Sekian dan bertemu lagi dalam siri berikutnya.


Jangan lupa dapatkan Panduan Kuasai Bahasa Inggeris sekarang.
2 Komentar untuk " Kesalahan Penggunaan Perkataan AFFECT dan EFFECT"

selalu gak salah tulis antara 2 perkataan ni..dulu sampai sekarang..hehe..terima kasih atas perjelasan yg balik tuan..Effect nya, saya dah mampu bezakan dengan lbh baik..

Back To Top