Hari Ini Sudah Berselawat

Kesalahan Penggunaan Perkataan ACCEPT dan EXCEPT

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya harap anda tidak ketinggalan membaca artikel saya tentang belajar Bahasa Inggeris yang sebelum ini.


Tajuknya Cara Mudah Kuasai Vocabulary.


Saya harap, artikel ini dapat membantu anda yang sedang belajar menguasai Bahasa Inggeris secara sendirian.


Baiklah, Hari ini saya akan  berkongsi dengan anda kesalahan penggunaan perkataan ACCEPT dan EXCEPT.


Kesalahan Penggunaan Perkataan ACCEPT dan EXCEPT
Kesalahan Penggunaan Perkataan ACCEPT dan EXCEPT

Kesalahan Penggunaan Perkataan ACCEPT dan EXCEPT


ACCEPT dan EXCEPT


Ya,


Kedua-dua perkataan agak mengelirukan bagi kita orang Melayu tulen yang sudah biasa dengan bahasa Ibunda.



 Ini kerana, kedua-dua perkataan ini mempunyai bunyi yang sama tetapi berbeza dari segi ejaan.


 ACCEPT dimulakan dengan huruf ‘AC’ manakala
 EXCEPT pula dimulakan dengan huruf ‘EX’.




Dari segi terjemahan:


  • ACCEPT ialah kata kerja yang bermaksud setuju  untuk melakukan sesuatu. (menerima)

Contohnya: "I always ACCEPT good advice."

Saya selalu menerima nasihat yang baik. 

Yang menjadi kesalahan penggunaan perkataan ACCEPT kalau anda buat ayat begini

Contohnya: "I always EXCEPT good advice."

  • EXCEPT pula ialah kata sendi atau kata penghubung  yang bermaksud kecuali.

 Contohnya: "I teach every day EXCEPT Sunday(s)."

 Saya mengajar setiap hari kecuali hari Ahad.




Yang menjadi kesalahan penggunaan perkataan EXCEPT kalau anda buat ayat begini


"I teach every day ACCEPT Sunday(s)."

 Nampak tak perbezaannya. Mudahkan!


Jadi selepas ini pastikan anda tidak  melakukan kesalahan dengan menggunakan ACCEPT
untuk maksud EXCEPT dan sebaliknya.


Untuk belajara Bahasa Inggeris dengan lebih lanjut saya cadangkan anda baca panduan ini --->>> Panduan Bahasa Inggeris yang praktikal, bermotivasi dan berkesan.




0 Komentar untuk "Kesalahan Penggunaan Perkataan ACCEPT dan EXCEPT"

Back To Top