Hari Ini Sudah Berselawat

Bagaimana Meningkatkan FOKUS Bekerja Atau Belajar

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


Hampir setiap semester akan ada pelajar pengulang datang berjumpa saya kerana mahu ambil subjek elektrik.

Bagaimana Meningkatkan FOKUS Bekerja Atau Belajar
FOkus

Yang saya hairan, ada juga pelajar yang sanggup membiarkan dirinya termengulang sekali lagi.


Pada hemat saya, antara punca pelajar ini tidak berjaya dalam subjek ini ataupun subjek yang lain adalah kurang tumpuan.


Begitu juga dengan pekerjaan. Kalau kita tidak berjaya fokus atau menumpukan perhatian, memang kerja kita terbengkalai.




Bagaimana Meningkatkan FOKUS Bekerja Atau Belajar


Dorongan


Antara perkara yang menyokong penumpuan kita ialah dorongan. Ini  kerana dorongan dapat menguatkan hati kita untuk bersungguh-sungguh dalam belajar.


Sekiranya dorongan terhadap pembelajaran berada pada tahap yang  lemah, maka hati  atau minat kita mudah tertarik kepada perkara lain.

Otak


Perkara lain yang terlibat dalam penumpuan ialah otak. Otak pula mempunyai hubung kait dengan pancaindera.


Sekiranya pancaindera kita melakukan perkara lain semasa belajar, ini menyebabkan fokus kita berkurangan.


Ini kerana otak bukan sahaja berperanan untuk berfikir tetapi juga untuk mengawal pancaindera.


Perbuatan lain ketika belajar akan memaksa otak untuk membahagikan perkara untuk berfikir dan mengawal pancaindera.

Pancaindera

Pancaindera pula mempunyai kekuatan sebagai deria. Isyarat deria akan dihantar kepada otak.

Justeru , jika kita terasa sakit, mata kita melihat sesuatu dan telinga kita mendengar sesuatu, otak kita akan menerima isyarat.

Rangsangan luar seperti penglihatan, pendengaran dan rasa akan mneghasilkan deria yang memaksa otak dan sukar dikawal.


Ketika belajar, penumpuan yang penuh terhadap pelajar adalah perlu untuk mencapai objektif belajar.


Maka itu, keseluruhan pancaindera seharusnya digabungkan untuk menghantar maklumat kepada otak supaya tertumpu sepenuhnya kepada satu perbuatan iaitu belajar.

Sikap ingin tahu

Sikap ingin tahu turut membantu penumpuan terhadap pelajaran. Apabila kita membaca kerana ingin tahu boleh mewujudkan fokus yang tinggi.


Bagaimana Meningkatkan FOKUS Bekerja Atau Belajar
Tumpuan
Sekiranya membaca disebabkan untuk mengingat dan mengahafal melahirkan penumpuan yang agak kurang.

Kecergasan jasmani

Kecergasan jasmani yang tidak berada dalam keadaan sihat dan segar menghilangkan fokus kita.


Contohnya permakanan yang tidak sihat, makan yang kurang sehingga mendatangkan lapar boleh mengganggu tumpuan dan rehat yang tidak mencukupi mendatangkan lemah dari segi kecergasan jasmani.


Panduan bekerja sendiri dari rumah
Mengantuk dan lesu fikiran juga menjadi punca hilangnya tumpuan. Mengantuk di sebabkan tidak cukup tidur atau makan yang terlalu kenyang.


Lesu fikiran pula kerana wujud perasaan bosan ketika belajar contohnya.

Persekitaran

Suasana tempat belajar memang mempengaruhi penumpuan dan fokus kita belajar. Suasana yang tidak sesuai untuk belajar mendatangkan rasa bosan, mengantuk dan bermacam-macam kesilapan.


Faktor suasana yang berpengaruh ialah pencahayaan, susunan perabot dan peralatan belajar serta
pengudaraan.


Suasana tempat belajar yang sesuai menarik minat kita untuk belajar dan meningkatkan penumpuan.

Antara yang mengganggu tumpuan semasa belajar ialah


  1. Melihat gambar yang menjolok mata semasa belajar. Ini kerana fikiran mudah melayang kerana mudah teringat gambar-gambar yang lucah.
  2. Telinga mendengar bunyi-bunyian yang mengganggu fikiran
  3. Mulut dan lidah melakukan banyak aktiviti lain semasa belajar seperti bercakap perkara lain dari pelajaran, makan atau minum dan sebagainya.
  4. Kerja perlahan dan berlengah-lengah juga boleh mengganggu penumpuan kita terhadap kerja yang lakukan.

 

Penutup


Antara rahsia penting untuk berjaya dalam perkerjaan dan pembelajaran ialah penumpuan atau fokus.


Seseorang yang mempunyai penumpuan yang tinggi mampu mengawal pemerhatiannya terhadap tugas yang dilakukan.


Walaupun, terdapat sesetengah manusia mempunyai penumpuan secara tabii, tetapi penumpuan merupakan satu kelebihan yang boleh dipertingkatkan. InsyaAllah.


Terima kasih kerana sudi membaca artikel bagaimana meningkatkan fokus bekerja atau belajar.
Tag : Tip Belajar
3 Komentar untuk "Bagaimana Meningkatkan FOKUS Bekerja Atau Belajar"

Tips yang sangat bermanfaat untuk tingkatkan fokus belajar

Tips yang sangat bermanfaat untuk tingkatkan fokus belajar

Back To Top