Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Apabila anda mendapat tawaran temuduga untuk sesuatu pekerjaan apa yang perlu dilakukan?
Interview in progress |
Jawapannya mestilah persediaan yang rapi. Kalau anda tidak bersedia bagaimana mahu menjawab soalan temuduga dengan baik.
Pernah anda mendengar pepatah Bahasa Inggeri berbunyi:
If you fail to prepare, you are ready to fail
Kalau dalam Bahasa Melayu berbunyi, "Kalau kamu gagal bersedia bermakna anda bersedia untuk gagal."
Ya, persediaan yang rapi memang penting bagi kita sebelum melakukan apa-apa pekerjaan pun, terutama sekali untuk menghadapi temuduga.
Untuk itu, saya akan kongsikan dengan anda 25 Persediaan Untuk Berjaya Dalam Temuduga.
25 Persediaan Untuk Berjaya Dalam Temuduga
- Berdoa supaya Allah SWT berikan ilham dan ketenangan jiwa untuk menghadapi temuduga
- Cuba dapatkan maklumat mengenai organisasi dan jawatan yang mahu dipohon sebanyak yang mungkin.
- Cuba kumpulkan maklumat mengenai majikan
- Membuat latihan menjawab soalan-soalan biasa bagi temuduga agar bersedia dan selesa semasa temuduga sebenar.
- Datang lebih awal ke tempat temuduga
- Berpakaian kemas dan hias diri sebaiknya.
- Lengkapkan borang semua borang yang dikehendaki oleh pihak majikan terutama sekali borang permohonan.
- Perkenalkan diri dengan suara yang jelas.
- Jaga perhubungan mata dan bahasa badan sewaktu berhadapan dengan penemuduga.Kebanyakkan majikan lebih mengutamakan temuduga berasaskan tingkah laku sebagai kaedah menyaring calon. Jadi, tunjukkan akhlak yang baik.
- Biarkan penemuduga mengatur soalan dan anda dengar dengan teliti.
- Tunjukkan minat dan keyakinan setiap masa.
- Berkelakuan formal dan tenang.
- Berikan sebab-sebab yang logik kepada setiap tindak tanduk yang anda buat.
- Bersedia untuk bertanya soalan kepada penemuduga, jika disuruh. Tetapi, berhati-hati ketika bertanya soalan. Pamerkan anda mempunyai pengetahuan tentang industri yang anda mohon.
- Bercakap benar dan jangan terlalu membesar-besarkan kemampuan anda jika tidak boleh menyokongnya.
- Berikan gambaran bahawa anda bekerja untuk meningkatkan tahap pencapaian anda sendiri.
- Berikan keyakinan bahawa anda menerima semua masalah dan kesulitan sebagai satu cabaran.
- Tunjukkan kepada penemuduga bahawa anda boleh menyesuaikan diri dengan pekerjaan yang dipohon.
- Jawab dengan sebaik-baiknya. Dengar dengan teliti dan perhatikan bahasa badan untuk mengetahui sama ada penemuduga hendakkan jawapan yang panjang atau sebaliknya.
- Perlihatkan kecerdasan pemikiran yang mendalam dalam perbualan dengan penemuduga.
- Yakinkan diri bahawa anda dapat menyesuaikan diri dengan objektif dan matlamat syarikatnya –gunakan kebolehan berfikir dan menjawab dengan secara terancang tetapi spontan.
- Sediakan jawapan untuk soalan – “Bagaimanakah anda boleh memberi sumbangan kepadasyarikat ini…”
- Dan… anda juga bolehlah menyediakan jawapan untuk – “Apakah yang anda rancang atau matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang…” (Kalaulah disoal, alangkah baiknya… kerana telah bersedia!)
- Practice Makes Perfect (atau sekurang-kurang menambaik). Cuba aturkan satu temuduga olok-olok, atau berlatih dengan seorang rakan dan rakam jawapan-jawapan anda agar bolehdimainkan semula rakaman untuk mengetahui sebaik mana prestasi anda.
- Sediakan jawapan kepada soalan-soalan lazim temuduga. Dengan cara ini, akan membantu anda menganalisislatarbelakang dan kelayakan anda bagi jawatan berkenaan.
25 Persediaan Untuk Berjaya Dalam Temuduga adalah sebahagian tip untuk menghadapi temuduga permohonan pekerjaan.
Jika anda mahukan teknik menjawab soalan temuduga yang lengkap dan cukup berkesan sila klik banner di bawah ini.
Saya doakan anda berjaya dalam temuduga yang bakal anda hadapi.
Anda mahu panduan yang mantap untuk menjawab soalan temuduga, baik anda baca Rahsia Bijak Temuduga
Anda mahu panduan yang mantap untuk menjawab soalan temuduga, baik anda baca Rahsia Bijak Temuduga
4 Komentar untuk "25 Persediaan Untuk Berjaya Dalam Temuduga"
dulu , saya pi temuduga , pakai hentam je ...
Assalammualaikum... faizal,
Terima kasih tip2 yang diberikan ini... semoga menjadi panduan buat persediaan untuk berjaya dalam temuduga...
mselim3
Terima kasih vee sandi
Waalaikumussalam Mohd Selim Zainal..amin..saya juga berharap begitu