Hari Ini Sudah Berselawat

Tips Untuk Mula Menjual Coklat

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Sebelum ini saya sudah tunjukkan kepada anda beberapa testimoni pengguna Rahsia Coklat Buatan Tangan dalam entri Cara Dapatkan CD Buat Coklat Sendiri.

Untuk pengetahuan anda, mereka bukan sahaja boleh buat coklat sendiri tetapi juga telah berjaya menjadi peniaga coklat yang mendapat tempahan coklat.

Sebab itu, ramai juga yang bertanya bagaimana untuk mula menjual coklat. Baiklah, bagi memenuhi permintaan ramai orang, saya tunjukkan beberapa tip yang proven.




Tips Untuk Mula Menjual Coklat


Sedekah Dengan Ikhlas


Ini merupakan cara yang cukup berkesan iaitu banyakkan sedekah.

Kalau ada kenduri kendara, parti & majlis pape. Berikan coklat yang dibuat sendiri secara percuma kepada tuan rumah sebagai hadiah yang ikhlas.

Sampel Coklat Percuma


Buatkan sampel coklat percuma dan berikan kepada rakan-rakan dan kenalan. Biarkan mereka rasa terlebih dahulu. Kalau mereka puas hati nanti diorang order la.

Tidak rugi pun sebenarnya kalau berikan sampel percuma. InsyaAllah, lama-kelamaan orang suka makan dan mereka mula bertanya. 

Tawarkan Diskaun


Diskaun kepada mereka yang membeli atau pelanggan tetap anda.

Promosi dan Promosi



Orang tidak akan tahu apa yang kita jual kalau kita tidak beri tahu. Oleh itu, anda kena promosi dan promosi. Boleh promosi dengan 2 cara iaitu online dan offline:

Online


Guna facebook dan blog.

Offline


Buat banting atau banner. Letakkan di tempat yang strategik di tempat anda.

Masalah


Bagi anda yang bermasalah dengan anak-anak yang "hantu coklat", buatlah banyak banyak. Biarkan mereka makan.

Lama-kelamaan mereka rasa jemu mahu makan coklat sebab tiap-tiap hari makan coklat.

Apabila anda rajin buat coklat untuk anak anda, secara tak langsung dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan anda.

Selamat membuat coklat sendiri dengan air tangan sendiri. Dapatkan CD Rahsia Coklat Buatan Tangan Sekarang.
0 Komentar untuk "Tips Untuk Mula Menjual Coklat"

Back To Top