Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Dahulu saya hairan juga kenapa Kek Coklat Kukus menjadi antara kek coklat yang amat disukai ramai?
Kek Coklat Kukus Yang Sedap |
Bila di tanya beberapa orang, ini jawapan mereka
- Rasa"moist" nya kesan dikukus,
- Rasa coklat cair yang bertamu dimulut
- Memang sebab namanya yang sudah pasti menjadi kegemaran ramai
- Coklat itu sendiri sebabnya!
Anda bagaimana? Cuba bagi jawapan dalam ruang komen di bawah.
Sebelum saya tunjukkan resepi Cara Mudah Buat Kek Coklat Kukus saya ingin beri tahu anda bahawa ramai sudah yang mengikuti Panduan Memasak Kek Coklat Yang Sedap dan mereka berpuas hati dengan kek yang terhasil.
Di bawah ini hanya dua testimoni sahaja. Ada banyak lagi. InsyaAllah nanti saya kongsikan dengan anda.
Begitu juga dengan coklat yang mereka buat sendiri dengan hanya mengikuti Rahsia Coklat Buatan Tangan. Mereka bukan setakat boleh buat coklat, malahan boleh jual coklat lagi.
Di bawah ini hanya dua testimoni sahaja. Ada banyak lagi. InsyaAllah nanti saya kongsikan dengan anda.
Testimoni buat kek coklat sendiri |
Begitu juga dengan coklat yang mereka buat sendiri dengan hanya mengikuti Rahsia Coklat Buatan Tangan. Mereka bukan setakat boleh buat coklat, malahan boleh jual coklat lagi.
Cara Mudah Buat Kek Coklat Kukus
Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan )
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla
Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus
Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.
Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
Kukus kek selama 1 jam.
Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus
1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega
Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk. Kacau perlahan sehingga larut. Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih. Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.
Alangkah indah dan puasnya kalau dapat buat kek coklat kukus sendiri dan coklat itu pula adalah coklat buatan tangan kita.
Untuk pengetahuan anda, tidak susah sebenarnya mahu buat coklat sendiri. Anda hanya dapatkan Rahsia Coklat Buatan Tangan dan ikut semua panduan yang ditujukkan dalam CD.
Kemudian anda boleh buat Kek Coklat Kukus yang saya tunjukkan di atas dan sebenarnya ada panduan yang lebih hebat lagi tentang kek coklat.
Kalau anda mahu dapatkan caranya anda boleh dapatkan Panduan Memasak Kek Coklat Yang Sedap sekarang!!!
0 Komentar untuk "Cara Mudah Buat Kek Coklat Kukus"