Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Pernahkah anda mendengar tentang Coklat Ganache?
Kalau anda pernah dengar, anda pernah cuba buat sendiri? Kalau belum, apa kata anda cuba buat sendiri.
Boleh makan banyak-banyak. Boleh sedekah dekat jiran-jiran dan rakan-rakan dan kalau coklat yang anda buat jadi tersangat sedap boleh jual dan anda dapat duit.
Kalau anda ingin buat sendiri Coklat Ganache, di sini saya kongsikan dengan anda Cara Mudah Buat Coklat Ganache Sedap.
Coklat Ganache Yang Sedap |
Coklat jenis ini mudah disediakan kalau tahu caranya dan biasanya, coklat ganache digunakan untuk sebagai topping atau hiasan kek.
Ganache berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud 'cusion'. Ganache ada pelbagai fungsi seperti penambah perasa kepada puding atau kek, untuk hiasan dan menyalut kek.
Tanpa melengahkan masa anda dan masa saya, saya kongsikan Cara Mudah Buat Coklat Ganache Sedap dengan anda sekarang.
Cara Mudah Buat Coklat Ganache Sedap
Bahan-Bahan Coklat Ganache Sedap:
- 300 gram dairy whip cream (atau krim putar)
- 500 gram coklat masakan.
- 30 gram butter
p/s: susu segar atau susu perisa coklat boleh digunakan jika sukar untuk dapatkan dairy whip cream boleh menggantikannya dengan . Coklat masakan pula boleh digantikan dengan serbuk coklat atau serbuk koko.
CaraMemasak Coklat Ganache Sedap:
1. Coklat masakan yang telah dicincang kecil diampurkan bersama dairy whip cream ke dalam satu bekas.
2. Panaskan bahan-bahan ini sehingga coklat masakan menjadi cair. Anda boleh menggunakan kaedah double boil atau menggunakan microwave. Pastikan anda menggunakan haba yang sederhana dan tidak terlalu panas, dalam erti kata lain panaskan secara perlahan-lahan.
3. Kacau campuran coklat dan krim putar sehingga sebati. Anda boleh tambahkan butter atau mentega semasa anda mengacau campuran tersebut.
4. Biarkan campuran menyejuk buat seketika. Setelah campuran menjadi suam, anda bolehlah mencurahkan coklat ganache anda ke atas kek.
Untuk pengetahuan anda, ada banyak cara untuk buat coklat ganache yang sedap dan di bawah ini adalah video penyediaan coklat ganache sedap yang sangat mudah.
Anda boleh pilih untuk meniru cara yang mana satu.
Video Cara Mudah Buat Coklat Ganache Sedap
Sebelum anda menonton video ini, apa kata anda baca Rahsia Buat Coklat Buatan Tangan yang telah banyak membantu pembuat coklat, suri rumah dan penjual coklat.
Selamat menonton.
Dapatkan Rahsia Buat Coklat Buatan Tangan sekarang. Rahsia Buat Coklat Buatan Tangan ini akan memberi panduan yang cukup baik untuk anda.
Semoga anda berjaya!
0 Komentar untuk "Cara Mudah Buat Coklat Ganache Sedap"