Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat juga saya membeli sebuah rak buku yang mempunyai empat baris dengan tiga lajur kesemuanya.
Maka dengan itu, jumlah ruang kotak tersedia untuk diisi dengan buku lama atau buku baharu bagi rak buku kecil ini adalah 12 ruang.
Rak buku ini juga tidak mempunyai pintu. Jika dibiarkan sahaja tanpa diguna atau dicuci kemungkinan besar mudah untuk debu-debu beterbangan dalam ruang legar udara memasukinya.
Berhubung dengan itu, saya cuba sekerap mungkin untuk menggunakan rak buku ini supaya debu kurang melekat pada buku-buku yang disimpan.
![]() |
Tip Menulis Buku Bestseller Panduan Untuk Penulis |
Pada suatu hari, sedang asyik menyusun buku-buku dalam rak buku kesayangan saya ini, saya terpegang sebuah buku yang saya beli semasa bengkel pendek penulisan buku yang dijalankan oleh pihak PTS.
Bengkel pendek penulisan buku ini dikendalikan oleh beberapa orang kakitangan penerbit PTS dan salah seorang daripada mereka adalah penulis bestseller Zamri Mohamad.
Tip Menulis Buku Bestseller Panduan Untuk Penulis
Saya rasa teruja kerana dapat membeli buku Tip Menjadi Penulis Bestseller secara langsung dengan penulis buku sendiri. Siap dengan tanda tangan beliau lagi.
Meskipun buku ini agak lama diterbitkan, tatapi isi kandungannya masih relevan sehingga ke hari ini dan ia boleh dijadikan rujukan di setiap masa.
Cara penyampaian beliau dalam buku ini memang menarik dan mudah untuk difahami. Sebaik sahaja saya memulakan pembacaan buku ini, saya langsung tidak mahu berhenti.
Sehelai demi sehelai saya selak sambil membacanya. Barangkali, orang yang melihat saya membaca mengatakan saya baca novel kerana terlalu khusyuk.
Alhamdulillah dalam masa yang cukup singkat, saya berjaya membaca buku ini sampai ke muka surat teakhir.
Bagi saya buku ini bukan sekadar bacaan umum, malahan ia merupakan buku rujukan yang perlu dibuka berulang kali oleh mereka yang ingin berkecimpung dalam dunia penulisan buku.
Buku setebal 304 muka surat ini diterbitkan oleh PTS Sdn. Bhd. berharga RM 28 telah beberapa kali diterbitkan kerana permintaan terhadap buku ini begitu memberangsangkan.
Sebelum itu, ingin saya nyatakan di sini bahawa buku Tip Menulis Buku Bestseller ini memfokuskan kepada penulisan buku non fiksyen.
Penulis memulakan penulisan beliau dengan memberi penjelasan ringkas mengapa seseorang yang ingin memulakan penulisab buku memerlukan buku ini.
Ia diterangkan dalam tajuk "Pegangan wajib bagi penulis Bestseller" selepas Prakata dan sebelum memasuki bahagian pertama.
Isi kandunganya dibahagikan kepada 3 bahagian dan setiap satu bahagian dipecahkan kepada subtopik kecil yang menjadikan jumlah tip yang ada adalah 40 bab semuanya.
Di sini saya masukkan 3 Bahagian buku Tip Menulis Buku Bestseller ini
- Bahagian 1 Potensi Diri Sebagai Penulis Bestseller
- Bahagian 2 Penulisan Berpengaruh Sepanjang Masa
- Bahagian 3 Pemasaran Karya Kepada Khayalak Pembaca
Secara umumnya, saya dapati penulis bukan sekadar menerangkan tentang panduan menulis buku, persediaan sebelum menulis, strategi menulis, proses menulis buku, apa yang perlu dibuat oleh seorang penulis buku setelah siap buku diterbitkan tetapi juga unsur-unsur motivasi diselitkan agar penulis dapat bertahan lama dalam dunia penulisan.
Pada penghujung buku ini, beliau menulis tentang formula untuk merealisasikan angan-angan menjadi penulis bestseller.
Formula yang beliau ciptaan ini diambil dari perkataan FITRAH. Untuk mengetahui apakah rahsia FITRAH, boleh rakan-rakan blogger sekalian memiliki buku ini.
Semoga perkongsian ini membuka minda kepada penulis-penulis baharu yang ingin menerokai alam penulisan.
harap masih ada di kedai buku..sebab puteri memang tengah mencari buku seperti ni :)
ReplyDeletekalau ditempat saya masih ada lagi. tapi cover kulitnya sudah lain.
Deleteohh jadi kemungkinan besar ada kat sini juga..ada masa nanti puteri kena pergi cari :)
DeleteSelamat menjadi penulis...
ReplyDeleteterima kasih..selamat menulis juga untuk tuan
Deleteteringin nak jadi penulis tapi masih kabur rasanya masuk kelas bahasa melayu semula.kalau ada kelas sastera amat saya gemari.
ReplyDeletesekarang ini sebenarnya banyak kelas atau bengkel menulis, cuma masa dan lokasi menjadi halangan
Deletesesuatu yg menarik..bagus juga buku ini.. :)
ReplyDeletebuku ini memang bagus dan berguna
Deletebagi yang ingin menulis dengan lebih serius, boleh la.. heheh
ReplyDeletebetul2
Deletesalah sebuah panduan dalam menulis blog juga kan? hehehe
ReplyDeletebetul tu..memang boleh digunakan sebagai panduan
Deletemacma bagus je tuk memperbaiki kualiti penulisan kita
ReplyDeletememang bagus..tidak rugi membaca
DeleteIni antara buku-buku awal yang saya beli untuk belajar cara menulis. Sedikit sebanyak memang ada niat nak terbitkan buku saya sendiri, cuma saya nak mulakan dengan menulis blog sebagai latihan awal dan pendedahan
ReplyDeletesemoga tuan berjaya
Deletebagus gak belajar menulis nih, mana tahu ada rezeki kan
ReplyDeletesekarang ini ramai yang menjana duit dari menulis
Deletewah..bagus jugak ni..kathy berminat bidang penulisan ni..
ReplyDeletebagus2..semoga terus berjaya
Deletewah.. nampak menarik buku ini.. aiza pun nak cari juga la nanti.. terima kasih di atas perkongsian..
ReplyDeletesama-sama, cuba lah baca, mudah-mudahan dapat idea dan tip berguna
Deletemmg sangat berguna untuk sesiapa yg ingin menjadi seorang penulis. :)
ReplyDeletebenar sekali kata aisya
Deleterasa cam nak jadi penulis gak ler
ReplyDeletesilakan...semoga berjaya
Deletesemoga dipermudahkan segala impian tu..hehe
ReplyDeleteAmin...terima kasih
Deletemenulis mengikut fitrah manusia....dan fitrah penerimaan manusia.... mesti best buku tu..
ReplyDeletekomen yang baik..terima kasih..cubalah baca
DeleteNampaknya tuan sendiri sudah ada buku diterbitkan. Teruskan usaha. Insya-Allah saya bakal mendatang juga.
ReplyDeletesaya masih baharu..satu buku sahaja yang mampu diterbitkan...buku seterusnya waalahu'alam
Delete