Hari Ini Sudah Berselawat

Teruja Berkursus Di Negeri Serambi Mekah

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, hari ini saya ada ruang dan masa untuk mencoret sesuatu yang terselit di minda sebelum melelapkan mata.
Sebelum itu, saya ingin mohon maaf kepada pengunjung blog kecil ini kerana sekian lama tidak menghantar sebarang entri.

Teruja Berkursus Di Negeri Serambi Mekah


Ini kerana saya sedang berada di negeri 'Serambi Mekah' untuk mengikuti kursus selama seminggu berkaitan kerja saya. Sukar untuk mencari ruang menulis di blog ini.

Teruja Berkursus Di Negeri Serambi Mekah

Sebaik sahaja saya mendapat surat tawaran kursus, saya tersenyum sendiri dan rasa teruja untuk datang ke sini.

Salah satu sebabnya adalah ini merupakan kali pertama saya berpeluang menginap di hotel dalam negeri Kelantan'.

Ketika berada di dalam bas tadi, saya terfikir untuk mengetahui mengapa negeri Kelantan ini diberi gelaran sebagai negeri 'Serambi Mekah'?

Untuk menjawab soalan di atas, saya pun apa lagi, gunakan kemudahan teknologi maklumat masa kini iaitu encik Google bila berpeluang layari internet.

Hasil carian saya mendapati terdapat beberapa sumber yang cuba memberi maklumat tentang asal usul kenapa negeri Kelantan ini dipanggil dengan gelaran negeri 'Serambi Mekah'.

Anda boleh rujuk di sini

Pateh Gajah Mada adalah anak dari Puteri Linang Cahaya anak perempuan Raja Kelantan. Ayah Pateh Gajah Mada pula ialah Syeikh Hussein Jamaluddin Al-Kubra. Syeikh Jamaludin Al-Kubra ini banyak melahirkan keturunan yang menjadi pemimpin dan Ulamak yang berpusat di Patani-Kelantan seterusnya tersebar Islam ke seluruh Kepulauan Melayu dan Jawa. Pada masa itu Patani-Kelantan dikenali sebagai Kerajaan Cermin kerana banyak ulamak berada di situ sehinggakan belajar agama Islam di Kota Mekah mesti sambung belajar di Patani-Kelantan. Patani-Kelantan diberi nama jolokan Kerajaan Cermin Mekah. Sebab itulah sehingga sekarang Kelantan digelar “Kelantan Negeri di bawah Serambi Mekah” dan kerajaan Islam PAS masih kukuh berkuasa. Orang Kelantan sejak lebih 800 tahun telah memilih Islam sebagai kehidupan mereka.
Satu lagi sumber boleh dilihat di sini:

gelaran Kelantan sebagai Serambi Mekah adalah yang terhebat dari sudut menceritakan rakyat Kelantan secara ringkasnya adalah begitu rapat dengan ahlul Makkah suatu ketika dulu, hingga kini

Hakikat sebenar tentang asal usul perkara ini, Allah lebih mengetahui.

Namun, kesimpulan yang boleh dibuat di sini bahawa  negeri Kelantan diberi gelaran sedemikian rupa kerana penghormatan di atas syiar Islam yang nampak kukuh dan ilmunya berkembang baik dalam negeri ni. 

Teruja Berkursus Di Negeri Serambi Mekah 1, kuih akok


Sekiranya kita menyusuri sejarah negeri ini, dahulunya terdapat banyak sekali sekolah-sekolah pondok di mana para ulama tanah air menyebarkan ilmu Islam.

Sehingga kini, masih ada sekolah-sekolah pondok yang bertapak dalam meneruskan legasi ulama terdahulu dalam mematabatkan Islam di mata dunia.

Seandainya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh meneruskan kajian terperinci berkenaan dengan hal ini boleh juga menjengok di sini

Seperkara lagi, kenapa saya teruja untuk bekursus di negeri Serambi Mekah ini adalah kerana di sini terdapat pelbagai makanan yang enak-enak sekali.

Salah satu makanan kegemaran saya adalah kuih akok. Selama ini saya pernah merasa kuih akok ini di luar daripada negeri Kelantan.

Justeru, apa yang terbuku di dalam hati saya tatkala sampai ke sini adalah untuk mengunyah kuih akok asli dari negeri asalnya.

Anda suka dengan kuih akok? Kalau hendak buat sendiri kuih akok boleh cuba resepi ini. Selamat Mencuba!
Tag : Santai
12 Komentar untuk "Teruja Berkursus Di Negeri Serambi Mekah"

masukkan lah entri kuih akok notainsan..hehe..membantu sesame kita hehe

dah lama aiza tak ke kelantan.. kuih akok tu memang sedap..

oh iye ke...nanti datang lah...tidak ada masalah untuk makan kerana banyak kedai makanan Islam.

selamat berkursus bro semoga berjalan lancar dan dipermudahkan. nampak sedap kuih akok tu...

Teringin nak pergi kelantan negeri serambi mekah ni. Nak tengok suasana dekat sana. Kawan-kawan kelantan ramai tapi tak berkesempatan nak ke sana lagi.

oh, serious lama dah tak pergi Kelantan. Tah bila lar agaknya dpt jejakkan kaki kat sana lg...

saya ada pergi sekali.cuma tak pandai nak cari hostel yang sesuai.tapi tak ada kawan orang sana kalau ada mesti boleh di bawa jalan merata tempat.

terima kasih Tuan Denai Hati...saya memang suka kuih akok

Oh..iya ke,,nanti boleh datang lagi. bagi saya, memang seronok datang sini. nak makan senang, nak menginap pun mudah sebab hotel ada di mana2...

Back To Top