Hari Ini Sudah Berselawat

Tumpukan Sepenuh Perhatian

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Sebelum ini saya telah kongsikan 7 Tip Mudah Ingat. Hari ini saya ingin kongsikan salah satu Tip Mudah Ingat.

Tip pertama mudah ingat yang saya ingin kongsikan adalah Tumpukan sepenuh perhatian semasa berada di dalam kelas.



Kenapa kita perlu tumpukan perhatian semasa di dalam kelas?

Tumpukan Sepenuh Perhatian 


Dalam kehidupan ini kita terpaksa berdepan dengan pelbagai perkara yang tidak boleh dielak. 

Umpamanya, ketika berada di dalam kelas kita terpaksa melihat kipas berpusing, lampu kalimantang yang dipasang, pergerakkan guru mengajar, kawan-kawan yang berbual, bau makanan, sampah di luar kelas dan sebagainya.

Walaupun banyak perkara yang berlaku, minda kita hanya boleh fokuskan kepada satu perkara sahaja pada satu masa. 

Jika kita fokuskan kepada pokok-pokok yang sedang bergoyang, kita tidak akan sedar tentang perkara lain terutamanya apa yang sedang diajari oleh guru.

Untuk itu, kita perlu abaikan perkara-perkara lain yang mengganggu fokus pelajaran kita.

Fokuskan perkara yang diajarkan oleh guru kita. Jika tidak faham, terus bertanya guru. Salin nota.

Teknik ini berkesan dan boleh diamalkan dalam apa sahaja perkara yang kita ingin ingati.

Selamat mencuba untuk tumpu sepenuh perhatian semasa belajar.


Tag : Tip Belajar
0 Komentar untuk "Tumpukan Sepenuh Perhatian "

Back To Top