Hari Ini Sudah Berselawat

Listen Listen Listen Listen Listen

Assalamualaikum WBT

Sekiranya rakan blogger dan pelayar internet mengetuk papan kekunci laptop pada jam 6.57 pagi pada hari ini di Google Search dengan perkataan Listen, anda akan mendapati 1,300,000,000 results. Betapa hebatnya isu ini menular dalam internet.
Image representing Google as depicted in Crunc...
Image via CrunchBase
Beberapa hari yang lepas, sebaik sahaja isu ini muncul di internet, lantas saya mencari di youtube untuk mendengar sendiri apa sebenarnya yang berlaku.

Selepas mendengarnya saya hanya nerenung bersendirian dan berbual dengan isteri sahaja untuk mendengar apa pandangan beliau.

Listen Listen Listen Listen Listen

Semalam, ketika saya berada di perpustakaan Politeknik Seberang Perai, isu ini masih lagi hangat diperkatakan. Saya yang duduk seorang diri mengadap laptop saya terdengar beberapa orang pelajar Politeknik membincangkan isu ini.

Oleh kerana ingin melihat isu ini kembali, hari ini saya membuat carian sekali lagi. Isu ini semakin panas rupa-rupanya. Sehinggakan ada video pendek yang dihasilkan untuk menerangkan isu ini dan bilangan pemerhati video itu lebih tinggi berbanding kisah sebenar Listen Listen Listen Listen Listen.

Video sebenar



Parodi Forum Mahasiswa



Saya percaya setiap orang yang mendengar dan melihat isu ini boleh memberi persepsi yang berbeza-beza. Ramai yang menyokong Bawani dan ramai juga yang menyokong Sharifah, pelakon sebenar video Listen Listen Listen Listen Listen ini.

Sudah pasti pelakon sebenar terkejut dengan isu yang menaikan nama mereka ke khalayak umum dalam masa yang singkat.

Saya tidak pasti sama ada mereka gembira, berduka atau tidak rasa apa-apa. Namun, pada saya isu sebegini berlaku pasti ada hikmahnya.

Kepada penonton seperti kita sebaiknya berfikir dan mengambil iktibar di sebalik isu ini. Umpamanya, jika kita rasa perkara ini tidak sepatutnya berlaku, perlulah kita elak supaya jangan berlaku kepada kita.

Penilai dan pandangan yang terbaik adalah berdasarkan syariat Islam.

Enhanced by Zemanta
Tag : Santai
1 Komentar untuk "Listen Listen Listen Listen Listen"

CP pown ade ulas tapi ilas benda yang kecik je , taknak ulas lebih2 sebab kite tataw hal sebenar ..

tapi bagi CP , 1st CP tgk , CP sendiri kalaw jadik mahasiswa berkenaan akan terasa direndahkan ..

Back To Top