Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bagi seorang pengajar atau pelajar dalam bidang pendidikan, kita perlu ambil tahu tentang sejarah pendidikan di negara kita Malaysia.
Sejarah Pendidikan di Malaysia |
Ini kerana sejarah pendidikan negara kita banyak mengajar kita mengenal jati diri dan asal usul pendidikan.
Artikel ini saya kumpul dari kongsikan di sini untuk tatapan kita bersama.
Sejarah Pendidikan di Malaysia
Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan
- Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
- Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
- Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
- Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
- Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
- Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
- Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
- Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
- Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
- Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.
- Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
- Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
- Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan
- Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
- Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta
(a) Pendidikan Prasekolah
- Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;
- Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hinggah tujuh tahun;
- Ia terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan;
- Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan Menengah Rendah dan Menengah Atas;
- Pendidikan Menengah yang diadakan terdiri daripada
o Sekolah Teknik dan Vokasional
o Sekolah Kebangsaan Agama
(d) Pendidikan Lepas Menengah
- Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.
- Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.
- Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-
o Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.
Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

2 Komentar untuk "Sejarah Pendidikan di Malaysia"
Memang mengetahui sejarah itu sangat penting terutamanya dalam penulisan
benar sekali