Hari Ini Sudah Berselawat

Macam-Macam Jenis Pemikiran

Assalamualaikum

Pemikiran adalah aset penting bagi seseorang individu. Kalau kita tidak boleh berfikir, orang kata otak kita jem.

Untuk itu, hari ini saya berminat untuk berbincang tentang pelbagai jenis pemikiran yang dikaji oleh ahli psikologi dan akademik.

Macam-Macam Jenis Pemikiran


Ahli akademik memperkenalkan Macam-Macam Jenis Pemikiran yang ada dalam diri manusia. Antaranya pemikiran logik, pemikiran kreatif, pemikiran liberal, pemikiran analitikal, pemikiran vertikal, pemikiran horizontal dan sebagainya. Pemikiran-pemikiran ini sememangnya wujud dalam diri manusia normal. 

berfikir


Namun, setiap orang mempunyai fokus atau penggunaan jenis pemikiran yang tertentu yang mungkin bergantung kepada cara hidup, pekerjaan, latarbelakang pendidikan, faktor keluarga, persekitaran dan sebagainya.

Sebagai contoh, seorang ahli matematik mungkin banyak menggunakan pemikiran logik manakala ahli sastera atau seni perlu menggunakan pemikiran kreatif.

Pemikiran-pemikiran ini boleh digilap dalam diri seseorang melalui aktiviti harian yang dilakukannya. Sebagai contoh untuk mempunyai pemikiran kreatif, seseorang itu perlu banyak membaca buku, mendengar lagu, menonton film dan sebagainya.

Untuk menjana memikiran logik banyakkan mengira, buat latihan matematik, menonton rancangan sains dan teknologi serta banyak lagi.

Oleh itu pilihlah aktiviti yang sesuai dengan diri kita mengikut fokus pemikiran yang ingin kita kuasai dan sebagai pelajar semakin banyak jenis pemikiran yang dikuasainya semakin berkesan proses pembelajaran yang dia sedang lalui.
Tag : Berfikir
0 Komentar untuk "Macam-Macam Jenis Pemikiran"

Back To Top