Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini saya ingin berkongsi 7 Tip Menulis yang boleh digunakan untuk menulis.
Menulis guna pesel |
7 Tip Menulis
- Tulis sahaja buku anda dalam apa bidang yang diingini. Jangan bimbang dari segi editing.
- Cari tempat yang sesuai dan sunyi untuk menulis sama ada dalam bilik, di pejabat, di ruang tamu atau di mana sahaja. Yang penting ialah tempat yang dapat memberi penumpuan yang lebih dalam penulisan anda.
- Pilih masa yang sesuai dan sediakan suatu ruang masa sekurang-kurangnya 2 jam sehari untuk fokus menulis.
- Pilih topik yang sesuai dengan penulis anda mengikut permintaan. Sekiranya anda ingin menjual buku anda, pasti audient atau pembaca yang akan membaca buku anda.
- Sediakan outline sebelum menulis buku. Outline yang baik akan memberi fokus yang maksimum terhadap penulisan anda.Uruskan maklumat yang ada untuk menulis dengan baik.
- Pilih tajuk yang sesuai untuk buku anda. Anda boleh menggunakan 'keyword' search dalam internet untuk melihat kemampuan buku anda dibeli oleh pembaca.
- Apabila buku anda telah siap dapatkan bantuan editor yang mahir dalam membetulkan kesilapan anda. Semak kesalahan perkataan anda. Gunakan perisian yang sesuai untuk menyemak kesalahan dalam penulisan anda.
Tag :
Belajar Menulis
0 Komentar untuk "7 Tip Menulis"