Hari Ini Sudah Berselawat

Sumber Bekalan (AT & AU)

Arus Terus (AT)

Definisi
Arus terus (a.t) merupakan arus elektrik yang mengalir berterusan pada satu arah sahaja. Ini merupakan jenis arus elektrik yang dibekalkan olah sel voltan. Selagi kekutuban voltan pada pangkalan-pangkalan sel voltan adalah tetap dan tidak terbalik, maka sel voltan ini boleh disebut sebagai punca voltan terus.
Sumber AT
  1. Bateri
  2. Sel Solar
Arus Ulang Alik (AU)


Definisi
Arus ulang alik (a.u) adalah arus yang sentiasa berubah-ubah pengalirannya. Perubahan arah pengaliran arus dalam litar a.u disebabkan olah perubahan kekutuban punca voltan yang berselang seli. Nilai arus akan meningkat dari sifar ke maksimum pada arah positif dan kemudian menurun ke sifar. Seterusnya, nilai arus ini akan menurun ke maksimum pada arah negatif. Kemudian, nilai arus naik kembali ke sifar.
Sumber AU
Salah satu sumber bagi arus ulang alik ialah penjana (generator) yang merupakan sebuah mesin yang menggunakan prinsip aruhan elektromagnet dimana ia menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. Terdapat 2 cara untuk menjana voltan ulang alik (a.u) iaitu ;
  1. Pengalir bergerak, fluks medan magnet pegun (diam). (Pengalir memotong fluks)
  2. Fluks medan magnet bergerak, pengalir pegun (diam). (Fluks memotong pengalir)

Maklumat tambahan:

http://www.karyanet.com.my/knetbeta/ebook/preview/p_Asas_Arus_Terus.pdf

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=SPM&s=FZK&b=SEP&m=1&r=m&i=NOTA

http://ms.wikipedia.org/wiki/Arus_terus

http://ms.wikipedia.org/wiki/Arus_ulang-alik

http://en.wikipedia.org/wiki/Direct_current

http://en.wikipedia.org/wiki/Alternating_current

Tag : E1001, Politeknik
0 Komentar untuk "Sumber Bekalan (AT & AU)"

Back To Top