Hari Ini Sudah Berselawat

Falsafah dan Psikologi

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera...

Kepada mereka yang belajar ataupun mengajar secara formal di institusi pendidikan, seharusnya mengetahui hubungkait di antara Falsafah dan Psikologi.

English: UTHM new library
English: UTHM new library (Photo credit: Wikipedia)
Falsafah pendidikan yang terbentuk sememangnya mengambil kira perkara-perkara yang berkaitan dengan psikologi.

 

Falsafah dan Psikologi


Bidang psikologi dikatakan berasal daripada sumber falsafah. Ahli-ahli falsafah cuba menerangkan tentang pengetahuan atau ilmu dari segi maksud, penguasaan dan bagaimana menggunakan pengetahuan itu sejak sekian lama.

Wujud pelbagai perbahasan tentang kajian psikologi secara falsafah, antaranya teori yang telah lama diperkenalkan tentang pengetahuan ialah Teori Salinan (Copy Theory) yang dicadangkan oleh ahli falsafah Yunani Alcmaeon, Empedocles dan Democritus pada abad ke 4 dan ke 5 sebelum masihi. 

Teori ini melihat bahawa sesuatu objek dan salinan objek itu terbentuk dalam minda manusia. Maka itu, manusia mengetahui objek itu melalui salinan yang berada dalam minda. 

Namun teori itu tidak diterima oleh ahli falsafah moden kerana mereka berpendapat bahawa perwakilan (salinan) bukanlah objek yang asal. Sekiranya manusia hanya mengetahui salinan, amat sukar untuk manusia tentukan bahawa salinan itu adalah tepat.

Antara golongan yang menolak teori salinan ialah realisme (realism) seperti yang diketuai oleh Thomas Reid yang mencadangkan bahawa manusia mesti mengetahui sesuatu objek secara langsung, bukannya perwakilan. 

Cadangan ini juga mendatangkan permasalahan kerana apabila seseorang ingin mengetahui seseuatu objek secara langsung tidak mustahil manusia tidak melakukan kesilapan. Contoh yang mudah ialah, apabila kita ternampak tompok hitam di atas lantai yang berwarna hitam, kita menyangkakan bahawa tompok hitam itu ialah serangga sedangkan tompok itu ialah titisan cat yang tertinggal. 

Pandangan realism juga mendapat bantahan oleh ahli falsafah yang lain dan ada yang menyatakan apa yang terdapat dalam minda manusia ialah idea di mana semua pengetahuan manusia terdiri daripada idea dan bukan perkara atau benda.

Teori-teori falsafah

Antara teori-teori falsafah yang mempunyai hubung kait dengan psikologi ialah:
  1. Teori Strukturalisme
  2. Teori Psikodinamik
  3. Teori Fungsionalisme
  4. Teori Behavionisme
  5. Teori Gestalt Dan Humanistik
  6. Teori Kognitif
Sumber:
Baharom Mohamad, Ahmad Esa dan Husin Junoh (2008). “Psikologi Pendidikan Dalam PTV”. Johor: Penerbit UTHM
Enhanced by Zemanta
Tag : Psikologi
1 Komentar untuk "Falsafah dan Psikologi"

Thanks for sharing your thoughts on it business continuity plan.
Regards

Feel free to visit my page ... Recommended Site

Back To Top