Hari Ini Sudah Berselawat

Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Gambar dari: me.endering

Saya masih ingin berkongsi dengan anda tentang pembelajaran masteri, mudah-mudahan pemahaman saya bertambah. 

Tajuk kali ini ialah berkenaan dengan peranan guru sebagai jentera penggerak kepada pembelajaran masateri.

Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri


Pendekatan pembelajaran masteri memerlukan guru memainkan peranan sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator atau pembimbing pembelajaran. 

Kegagalan dalam pembelajaran terletak kepada pengajaran guru dan bukan kepada kekurangan keupayaan pihak pelajar .

Secara ringkasnya peranan dan tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:
1. Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;
2. Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran masteri;
3. Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari;
4. Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar melalui ujian diagnostik;
5. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan
6. Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.


Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. 
0 Komentar untuk "Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri"

Back To Top