Dorongan


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini saya tidak sempat nak menulis panjang sebab saya perlu selesaikan beberapa kerja sebelum saya pulang ke kampung malam ni. Jadi , kerja yang saya buat perlu pantas dan disiapkan dalam masa yang singkat. Insya-Allah kita jumpa lagi bulan hadapan.

Pendorong merupakan perkara penting untuk kita kekal dalam melakukan sesuatu kerja atau belajar. Menurut Khalid Mohamad Nor (2006), kebanyakan pelajar tahu tentang perinsip pembelajaran berkesan seperti membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan tetapi masih belajar di saat-saat akhir atau last minute kerana antara puncanya ialah masalah dorongan dan sikap.

Antara pendorong diri sendiri ialah:
  1. Cita-cita
  2. Kepuasan menuntut ilmu
  3. Harapan
Setiap orang perlu ada cita-cita yang jelas supaya mereka dapat menumpukan usaha ke arah cita-cita tersebut. Kepuasan yang diperolehi daripada seuatu ilmu akan menarik minat untuk terus belajar. Sekiranya seseorang pelajar beranggapan tiada harapan untuk berjaya maka dia tidak akan belajar bersungguh-sungguh.

Rujukan:

Khalid Mohamad Nor (2006). Belajar Teknik Belajar di Sekolah dan di Universiti. Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd.


"Dorongan di hati adalah yang mentenagakan daya untuk berusaha"

Menguruskan Masa


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam tidak sempat untuk saya menulis dalam blog ini sebab ada masalah internet. Alhamdulillah hari dah semakin baik dan saya harapkan ia terus baik. Saya sedang cuti semester dan baru sahaja Latihan Mengajar di Terengganu.

Hari ini saya ingin menulis sesuatu yang mudah-mudahan memberi manfaat kepada kita semua. Dalam menempuh kehidupan harian kita banyak perkara yang perlu kita lakukan walaupun perkara utama yang dilakukan merujuk kepada bidang yang kita ceburi dan bagi umat Islam ibadat wajib mesti ditunaikan.

Saya ingin memfokus kepada pelajar seperti yang dinyatakan oleh Hanafi Ismail(2005) iaitu kejayaan seseorang itu bukan dinilai dari segi akademik sahaja tetapi juga dalam amalan harian seseorang pelajar. Antara perkara penting yang perlu diambil berat oleh seseorang pelajar ialah menguruskan masa pembelajaran mereka dengan berkesan supaya mereka dapat menjadi pelajar yang berdisiplin.

Ibadah solat merupakan ibadah wajib yang wajib ditunaikan oleh setiap individu muslim dan perbuatan solat mesti mengikut masa yang ditetapkan 5 kali sehari. Kita tidak boleh solat Asar pada waktu malam atau solat Isyak pada waktu siang. Dalam Al-Quran, Allah S.W.T. bersumpah berkenaan masa di mana manusia sesungguhnya berada dalam kerugian...(boleh rujuk surah Al-As).

Saya rasa di sini jelas menunjukkan betapa pentingnya pengurusan masa bukan sahaja kepada pelajar malah seluruh manusia tanpa mengira apa bidang yang diceburi. Mari lah kita usaha untuk menyusun jadual harian dan mengikut jadual yang kita rancangkan sendiri.

"Manusia bukan bersedia untuk gagal tetapi gagal untuk bersedia"

Rujukan:

Hanafi Islmail (2005). Pengurusan Masa Pelajar. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers

Salam Permulaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Saya fikir dalam satu tempoh masa yang ada, banyak perkara yang boleh kita buat untuk menambahkan pengalaman bermanfaat untuk diri sendiri. Saya cuba melakukan sesuatu untuk meningkatkan kemahiran dalam proses pembelajaran dengan berblog. Tajuk yang saya pilih ini kerana hubungkait dengan bidang yang saya ceburi ini. Jesteru itu, saya harap cara ini akan memberi manfaat kepada diri saya dan mungkin orang lain yang mengunjung ke blog ini.

Recent Posts

Buku Saya

Buku Saya
Sebuah Buku Kecil Untuk Mengenali Erti Syukur. Berminat? SMS 012-4603666

Followers

Google+ Followers

Komen Terbanyak Bulan Ini

Vote For Us!

Blogged.my Free Automatic Link Page Ranking Tool Referer List